Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp
WhatsApp mempunyai ciri baharu untuk menyelaraskan proses perancangan iaitu Acara. Dalam catatan blog ini, kami akan membimbing anda tentang semua yang perlu ketahui tentang membuat dan mengurus acara secara terus dalam sembang kumpulan WhatsApp.
Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp
Acara WhatsApp hanya dilancarkan kepada kumpulan dalam Komuniti WhatsApp sahaja buat masa kini. Baca apa itu komuniti WhatsApp dan cara menggunakannya.
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Pergi ke kumpulan komuniti anda.
- Ketik “Event” atau Acara.
- Masukkan semua butiran tentang acara anda.
- Kemudian ketik anak panah hijau yang berada di sebelah kanan bawah skrin.
- Anda akan dapat lihat acara anda telah dihantar ke dalam kumpulan.
- Anda juga dapat melihat siapa yang sudah mengesahkan kehadiran dan siapa yang belum.
WhatsApp Messenger
Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS.