Apakah Komuniti Whatsapp Dan Cara Menggunakannya

Ciri Komuniti WhatsApp yang dinanti-nantikan telah dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia, dan semua orang tertanya-tanya apakah sebenarnya ciri ini. Bukan itu sahaja, malah ramai juga yang membandingkan Komuniti WhatsApp dengan grup dan mempersoalkan keperluan untuk yang pertama. Di dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan ciri-ciri komuni WhatsApp.

Apakah Perbezaan Di Antara WhatsApp Komuniti Dan Grup?

1. Komuniti Bergantung kepada Grup

Grup WhatsApp ialah ruang di mana anda boleh menjemput pengguna dan semua orang boleh menghantar teks antara satu sama lain di dalam grup tersebut. Komuniti WhatsApp, sebaliknya, adalah koleksi grup di bawah satu bumbung. Ini bermakna komuniti bergantung kepada grup dan tidak akan wujud tanpa mereka.

2. Perbezaan Saiz Pengguna

Di grup WhatsApp anda hanya boleh menjemput seramai 512 orang pengguna lain. Tetapi di dalam satu (1) komuniti WhatsApp anda boleh mengumpulkan 21 buah grup WhatsApp, kira-kira 21,504 orang pengguna!

3. Grup Pengumuman

Ia pada asasnya adalah saluran siaran, di mana pentadbir komuniti boleh menyiarkan pengumuman utama atau mesej lain yang berkaitan. Ini bermakna anda tidak perlu lagi  memajukan mesej ke berbilang grup.

4. Admin (Pentadbir) Mempunyai Kuasa Tertinggi

Pentadbir boleh menambah atau mengalih keluar ahli atau grup yang berada di dalam komuniti. Pentadbir boleh menghantar mesej dalam grup pengumuman dan memadam mesej yang dihantar oleh orang lain. Mereka juga mempunyai kuasa untuk mengedit tajuk, perihalan dan ikon komuniti.

5. Privasi Pengguna Dinaik Taraf

Di dalam Komuniti WhatsApp, anda hanya boleh melihat bilangan ahli. Anda tidak dapat melihat senarai lengkap ahli, bersama dengan nombor telefon mereka di sini. Hanya pencipta komuniti, pentadbir dan maklumat anda sendiri yang boleh dilihat.

6. Panggilan Video dan Audio

Komuniti WhatsApp tidak mempunyai pilihan panggilan video atau audio. Anda perlu bergantung kepada grup yang lebih kecil untuk mengendalikan mesyuarat atau berbincang sesama anda.

Cara Membuat Komuniti WhatsApp

  • Buka aplikasi WhatsApp.
  • Tekan logo komuniti yang berada paling kanan.

  • Tekan Mulakan komuniti anda.

  • Tekan Mulakan.

  • Isikan Nama komuniti dan Deskripsi komuniti.
  • Kemudian tekan anak panah ke kiri di bahagian bawah kanan skrin.

  • Anda boleh masukkan grup yang dikehendaki.
  • Komuniti anda telah berjaya dicipta setelah anda memasukkan semua grup.

  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger ialah aplikasi komunikasi yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, video, imej dan nota audio kepada pengguna lain (termasuk nombor antarabangsa) melalui WiFi atau rangkaian selular apabila terdapat sambungan Internet.

Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android
Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

Telegram, aplikasi pemesejan popular, menawarkan ciri berharga yang membolehkan anda memantau keselamatan akaun dengan menyemak sejarah log masuk. Menyedari siapa yang telah mengakses akaun Telegram boleh membantu anda mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan dan meng…

Cara Melihat Siaran Instagram Tanpa Akaun & Secara Sah
Cara Melihat Siaran Instagram Tanpa Akaun & Secara Sah

Dalam era digital hari ini, Instagram telah menjadi hab untuk berkongsi foto, video dan momen indah dengan dunia. Walaupun kebanyakan pengguna mempunyai profil awam, mungkin ada kalanya anda ingin melihat siaran Instagram tanpa mempunyai akaun. Terdapat beberapa kaedah yang b…

Cara Merepot Seseorang di Telegram
Cara Merepot Seseorang di Telegram

Ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Telegram menjadikannya salah satu daripada aplikasi pemesejan yang popular. Telegram mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, namun mungkin terdapat  segelintir individu menyiarkan kandungan yang tidak wajar. Untuk mengekal…

Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp
Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp

WhatsApp, salah satu aplikasi pemesejan paling popular di seluruh dunia, sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya. Satu ciri yang menjadi semakin penting ialah keupayaan untuk berkongsi skrin semasa perbualan. Sama ada untuk kerja, sokongan teknologi atau hany…