Cara Menetapkan Semula Algoritma TikTok untuk Mendapatkan Pengesyoran Baharu

Hampir semua orang mempunyai akaun TikTok. Ia telah menjadi salah satu aplikasi penting untuk penggunanya menghasilkan video yang menarik. Hari ini, kami akan kongsikan cara untuk menetap semula algoritma TikTok supaya anda dapat menerima cadangan yang baharu dan menyeronokkan. Kami juga pernah kongsikan cara mencari tanda pagar sohor kini yang mungkin dapat membantu anda menaikan khalayak.

Cara Menetapkan Semula Algoritma TikTok untuk Mendapatkan Pengesyoran Baharu

Jika anda sudah rasa bahawa rekomendasi TikTok anda mula menjadi monoton, jangan risau! Kami akan tunjukkan langkah-langkah mudah supaya anda dapat merasai pengalaman TikTok yang lebih bervariasi. Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana caranya!

1. Kosongkan Cache pada TikTok

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Ketik Profil.

  • Ketik tiga (3) garis bertindih di sebelah atas kanan skrin.

  • Ketik Tetapan dan privasi.

  • Ketik Kosongkan ruang.

  • Ketik Kosongkan.

  • Akhir sekali ketik Kosongkan. Anda telah pun berjaya mengosongkan cache TikTok.

 

2. Tandakan Video Sebagai Tidak Berminat

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Tekan dengan lama pada video yang anda tidak minati.
  • Ketik Tidak berminat.

 

3. Nyahikut Akaun TikTok yang Anda Tidak Suka

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Ketik Profil.

  • Ketik Mengikuti.

  • Cari akaun yang ingin dinyahikut.
  • Akhir sekali ketik Mengikuti. Anda telah berjaya menyahikut pengguna tersebut.

  1. TikTok

    Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).

Cara melumpuhkan Mesej Video Segera Pada WhatsApp

Kita menggunakan WhatsApp setiap hari sebagai platform komunikasi dan ada kalanya terdapat ciri aplikasi ini yang tidak digemari contohnya mesej video segera. Adakah anda terganggu dengan mesej video segera di WhatsApp yang sering muncul? Jika anda ingin menyahaktifkannya unt…

Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

Telegram, aplikasi pemesejan popular, menawarkan ciri berharga yang membolehkan anda memantau keselamatan akaun dengan menyemak sejarah log masuk. Menyedari siapa yang telah mengakses akaun Telegram boleh membantu anda mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan dan meng…

Cara Melihat Siaran Instagram Tanpa Akaun & Secara Sah

Dalam era digital hari ini, Instagram telah menjadi hab untuk berkongsi foto, video dan momen indah dengan dunia. Walaupun kebanyakan pengguna mempunyai profil awam, mungkin ada kalanya anda ingin melihat siaran Instagram tanpa mempunyai akaun. Terdapat beberapa kaedah yang b…