Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

Telegram, aplikasi pemesejan popular, menawarkan ciri berharga yang membolehkan anda memantau keselamatan akaun dengan menyemak sejarah log masuk. Menyedari siapa yang telah mengakses akaun Telegram boleh membantu anda mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi privasi.

Dalam panduan ini, kami akan mengajar langkah-langkah untuk menyemak sejarah log masuk Telegram pada peranti Android. Jika anda tercari-cari cara melumpuhkan tangkapan skrin di Telegram, kami pernah kongsikan caranya di sini.

Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

  • Buka aplikasi Telegram.
  • Ketik tiga (3) garis bertindih di sebelah atas kiri skrin.

  • Ketik Aturan.

  • Ketik Peranti.

  • Di bahagian ini terdapat senarai peranti dan masa mereka log masuk ke akaun Telegram anda.

  • Anda boleh ketik Tamatkan Sesi jika tidak mahu aplikasi ini mengakses akaunTelegram lagi.

  1. Telegram

    Telegram

    Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
    Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.

Cara Menggunakan Telegram Tanpa Nombor Telefon
Cara Menggunakan Telegram Tanpa Nombor Telefon

Di zaman digital ini, privasi adalah kebimbangan utama bagi ramai pengguna internet. Walaupun Telegram adalah aplikasi pesanan yang popular dan terkenal dengan ciri-ciri keselamatannya, ia biasanya memerlukan nombor telefon untuk pendaftaran. Namun, tahukah anda bahawa terdap…

Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp
Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp

WhatsApp mempunyai ciri baharu untuk menyelaraskan proses perancangan iaitu Acara. Dalam catatan blog ini, kami akan membimbing anda tentang semua yang perlu ketahui tentang membuat dan mengurus acara secara terus dalam sembang kumpulan WhatsApp. Cara Membuat dan Mengurus Aca…

Cara Mengunci dan Menyembunyikan Sembang WhatsApp Individu
Cara Mengunci dan Menyembunyikan Sembang WhatsApp Individu

Melindungi privasi anda di WhatsApp adalah penting. Ketahui cara mengunci dan menyembunyikan sembang individu untuk memastikan perbualan anda selamat dan jauh daripada mengintip. Panduan ini akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan sembang d…

Cara Memulihkan Sejarah Panggilan WhatsApp yang Dipadamkan
Cara Memulihkan Sejarah Panggilan WhatsApp yang Dipadamkan

Pernahkah secara tidak sengaja memadamkan sejarah panggilan daripada seseorang yang perlu dihubungi, menyebabkan anda terkial-kial mencari jalan untuk mendapatkannya semula. Malangnya, tidak seperti beberapa aplikasi lain, WhatsApp tidak menawarkan cara terbina dalam untuk me…