Cara Merepot Seseorang di Telegram

Ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Telegram menjadikannya salah satu daripada aplikasi pemesejan yang popular. Telegram mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, namun mungkin terdapat  segelintir individu menyiarkan kandungan yang tidak wajar.

Untuk mengekalkan komuniti yang selamat, anda mesti mengambil tahu cara merepot seseorang di Telegram. Jika anda ingin mengenal pasti akaun Telegram yang palsu, kami pernah berkongsi tentangnya sebelum ini. Anda boleh ketik sini untuk membaca.

Cara Merepot Seseorang di Telegram

  • Buka aplikasi Telegram.
  • Ketik saluran atau individu yang ingin dilaporkan.
  • Ketik tiga titik bertindih di sebelah atas kanan skrin.

  • Ketik Repot.

  • Di bahagian Repot, anda dapat melihat pelbagai alasan mengapa repot mahu dilalukan.
  • Pilih salah satu alasan.
  • Bergantung kepada pilihan di bahagian Repot, anda mungkin perlu memberitahu mengapa anda mahu merepot saluran atau individu tersebut.
  • Ikuti arahan yang disiarkan di skrin anda sehingga selesai.

  1. Telegram

    Telegram

    Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
    Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.

Cara Menggunakan Telegram Tanpa Nombor Telefon
Cara Menggunakan Telegram Tanpa Nombor Telefon

Di zaman digital ini, privasi adalah kebimbangan utama bagi ramai pengguna internet. Walaupun Telegram adalah aplikasi pesanan yang popular dan terkenal dengan ciri-ciri keselamatannya, ia biasanya memerlukan nombor telefon untuk pendaftaran. Namun, tahukah anda bahawa terdap…

Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp
Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp

WhatsApp mempunyai ciri baharu untuk menyelaraskan proses perancangan iaitu Acara. Dalam catatan blog ini, kami akan membimbing anda tentang semua yang perlu ketahui tentang membuat dan mengurus acara secara terus dalam sembang kumpulan WhatsApp. Cara Membuat dan Mengurus Aca…

Cara Mengunci dan Menyembunyikan Sembang WhatsApp Individu
Cara Mengunci dan Menyembunyikan Sembang WhatsApp Individu

Melindungi privasi anda di WhatsApp adalah penting. Ketahui cara mengunci dan menyembunyikan sembang individu untuk memastikan perbualan anda selamat dan jauh daripada mengintip. Panduan ini akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan sembang d…

Cara Memulihkan Sejarah Panggilan WhatsApp yang Dipadamkan
Cara Memulihkan Sejarah Panggilan WhatsApp yang Dipadamkan

Pernahkah secara tidak sengaja memadamkan sejarah panggilan daripada seseorang yang perlu dihubungi, menyebabkan anda terkial-kial mencari jalan untuk mendapatkannya semula. Malangnya, tidak seperti beberapa aplikasi lain, WhatsApp tidak menawarkan cara terbina dalam untuk me…