Cara Melumpuhkan Penapisan Pada Telegram

Telegram ialah aplikasi pemesejan serba boleh yang mengutamakan privasi pengguna dengan menyediakan pelbagai ciri untuk meningkatkan keselamatan dan kawalan. Antara ciri ini ialah keupayaan untuk menapis kandungan sensitif, membolehkan pengguna menentukan tahap keselesaan mereka dengan jenis kandungan yang mereka lihat. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat keadaan apabila anda ingin melumpuhkan penapisan kandungan sensitif di Telegram. Dalam catatan blog ini, kami akan membimbing anda melalui proses melumpuhkan penapisan kandungan sensitif, memberikan kawalan penuh ke atas kandungan yang dilihat.

Selain itu, tahukah anda, Telegram juga boleh diakses melalui Android TV di rumah? Anda juga boleh membaca tentang cara  menggunakan Telegram di Android TV untuk memudahkan urusan harian.

Cara Melumpuhkan Penapisan Pada Telegram

Cara 1: Menggunakan Telegram Bot

  • Buka aplikasi Telegram.
  • Ketik Kanta Pembesar di sebelah kanan atas skrin.

  • Lakukan carian dengan menaip nicegram bot.
  • Ketik Nicegram Bot seperti di dalam imej di bawah/

  • Ketik MULA.

  • Ketik Nicegram Login.
  • Ketik juga I’m 18+ Years Old dan Show sensitive content sehingga tanda “X” menjadi warna hijau.

  • Ketik OK.

  • Anda telah berjaya melumpuhkan semua penapisan kandungan sensitif.

Cara 1: Menggunakan Laman Web Telegram

  • Layari laman web Telegram.
  • Log masuk ke akaun anda.
  • Ketik 3 garis bertindih di sebelah atas kiri skrin.
  • Ketik Settings.

  • Ketik Privacy and Security.

  • Ketik Disable filtering.

  • Anda telah berjaya melumpuhkan semua penapisan di Telegram.
  • Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk desktop Telegram.
  1. Telegram

    Telegram

    Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
    Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.

Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android
Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

Telegram, aplikasi pemesejan popular, menawarkan ciri berharga yang membolehkan anda memantau keselamatan akaun dengan menyemak sejarah log masuk. Menyedari siapa yang telah mengakses akaun Telegram boleh membantu anda mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan dan meng…

Cara Merepot Seseorang di Telegram
Cara Merepot Seseorang di Telegram

Ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Telegram menjadikannya salah satu daripada aplikasi pemesejan yang popular. Telegram mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, namun mungkin terdapat  segelintir individu menyiarkan kandungan yang tidak wajar. Untuk mengekal…

Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp
Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp

WhatsApp, salah satu aplikasi pemesejan paling popular di seluruh dunia, sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya. Satu ciri yang menjadi semakin penting ialah keupayaan untuk berkongsi skrin semasa perbualan. Sama ada untuk kerja, sokongan teknologi atau hany…

Cara Menyandarkan Sembang Telegram Pada Android
Cara Menyandarkan Sembang Telegram Pada Android

Telegram ialah aplikasi pemesejan popular yang terkenal dengan ciri keselamatan dan pilihan penyesuaian yang meluas. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana platform digital lain, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi data anda, termasuklah sejara…

Cara Cari dan Langgani Saluran WhatsApp
Cara Cari dan Langgani Saluran WhatsApp

Dalam dunia digital hari ini, aplikasi pemesejan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita dan WhatsApp menjadi salah satu pilihan yang paling popular. Walaupun kebanyakan daripada kita sudah biasa dengan perbualan satu-satu dan sembang kumpulan, WhatsApp menawa…