Cara Buat Duit Dengan TikTok

TikTok ialah aplikasi media sosial di mana anda boleh berkongsi dan menyiarkan video-video pendek dengan pengguna yang lain. Selain daripada penghasilan video-video pendek yang kreatif, TikTok juga memberikan peluang untuk anda membuat duit dengan menggunakan aplikasinya.

Anda pasti tertanya-tanya “Bagaimana melakukanya?“. Terdapat beberapa cara untuk anda menjadikan aplikasi TikTok sebagai tempat membuat duit. Tetapi, anda juga harus ingat, membuat duit di TikTok tidaklah susah cuma ia memerlukan dedikasi, strategi dan kesediaan untuk mempelajari bagaimana cara ia dilakukan.

Di sini kami akan kongsikan bagaimana caranya untuk membuat duit dengan TikTok.

1. Pautan Ke Laman Web

Cara paling mudah untuk membuat duit di Tiktok adalah dengan meletakkan pautan laman web anda di bahagian bio. Jika anda tidak mempunyai laman web sendiri, anda boleh meletakkan pautan gabungan kepada produk yang dijual oleh pengguna TikTok yang lain.

2. Jual Produk

Jika anda mempunyai kedai dalam talian, anda boleh meletakkan dan menjual produk anda di TikTok. Untuk menarik minat penonton, anda boleh menggunakan klip audio yang sesuai sambil mempamerkan produk. Ini merupakan salah satu cara jualan yang tidak terlalu menonjol dan amat disukai oleh pengguna TikTok.

3. Kembangkan Akaun Dan Jual

Banyak jenama mahukan akses kepada pelanggan tanpa perlu meluangkan masa dan usaha untuk mengumpul pengikut. Kebiasaannya jenama-jenama ini akan membeli akaun pengguna yang telah tular atau mempunyai kandungan yang sama seperti perniagaan mereka. 

Jika anda memilih untuk menjual akaun, perkara pertama yang anda perlu pilih ialah jenis kandungan yang akan dicipta. Contohnya jika anda memilih untuk membuat video tentang masakan, fokus perlulah diberikan kepada kandungan masakan sahaja. Apabila pengikut sudah mencapai sasaran, anda bolehlah mendekati jenama-jenama makanan dan jual akaun tersebut.

4. Terima Hadiah

TikTok membenarkan penggunanya yang mempunyai pengikut lebih daripada 1000 orang untuk membuat live. Di dalam live ini anda boleh menjual, menyanyi atau hanya bersembang dengan pengikut anda. Jika pengikut anda menyukai apa yang disiarkan di dalam live, mereka akan memberikan hadiah dan ia dapat ditukarkan kepada duit.

5. Bekerjasama Dengan Pencipta Kandungan Yang Lain

Pengikut TikTok juga menyukai jika pencipta kandungan kegemaran mereka bekerjasama dalam penghasilan video. Dengan kerjasama ini anda dapat menarik pengikut baharu yang berkemungkinan akan membeli produk anda atau memberikan hadiah.

Anda mungkin meminati cara menghasilkan audio anda sendiri di TikTok.

  1. TikTok

    TikTok

    Aplikasi ini membolehkan anda menyalurkan kreativiti di dalam penghasilan video dengan menggunakan audio dan efek. Anda juga boleh berkongsi video di beberapa platform media sosial yang lain.

Cara Menjadikan TikTok Selamat untuk Kanak-Kanak
Cara Menjadikan TikTok Selamat untuk Kanak-Kanak

Dengan populariti TikTok yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, adalah wajar bagi ibu bapa bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka semasa menggunakan aplikasi ini. TikTok menawarkan keseronokan dan kreativiti, tetapi ia juga boleh mendedahkan pengg…

Cara Membeli Syiling Di TikTok
Cara Membeli Syiling Di TikTok

Ingin menyokong pencipta kegemaran anda di TikTok atau membuka ciri-ciri eksklusif? Membeli syiling di TikTok adalah cara yang tepat! Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana untuk membeli syiling dengan mudah dan selamat. Baca juga …

Cara Melihat Masa Tepat Mesej Telegram Anda Dibaca
Cara Melihat Masa Tepat Mesej Telegram Anda Dibaca

Adakah anda pernah tertanya-tanya bila mesej Telegram anda sebenarnya dibaca oleh penerima? Kadang-kadang, tanda ‘dibaca’ sahaja tidak mencukupi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk anda mengetahui masa yang tepat mesej anda dibaca. Jadi, anda …