Cara Menghasilkan Audio Anda Sendiri Di TikTok

Bunyi adalah segala-galanya untuk TikTok. Jika anda pandai menggabungkan video dan audio yang sesuai, ia dapat membuatkan video anda tular dan dikongsikan oleh ramai pengguna TikTok.

Kita lebih cenderung untuk mengingati audio sesuatu video berbanding kandungan video itu sendiri kan? Di aplikasi TikTok, anda dapat memilih audio dari perpustakaan audio atau daripada video pengguna lain. Kebiasaanya audio yang tular akan digunakan semula oleh komuniti TikTok dalam penghasilan video mereka.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana cara untuk menghasilkan audio anda sendiri di TikTok? Kami kongsikan caranya di bawah.

Cara Menghasilkan Audio Anda Sendiri Di TikTok

  • Buka aplikasi TikTok dan pilih tanda +.

  • Tekan bulatan merah dan mulakan rakaman anda. Semasa anda merakam video, anda perlu menggunakan audio anda sendiri.

  • Setelah selesai merakam, anda boleh menekan butang ‘Seterusnya’.

  • Sebelum anda menyiarkan video, pastikan bahawa anda memilih ‘Hanya Saya’ di bahagian ‘Orang yang boleh menonton video ini’.

  • Kemudian anda boleh siarkan video tersebut.

  • Anda pilih video yang telah disiarkan tadi.

  • Anda akan melihat bulatan di sebelah kanan skrin dengan gambar profil anda. Ini menunjukkan bahawa anda sudah berjaya menghasilkan audio anda sendiri.

  • Akhir sekali, anda boleh:
  1. ‘Tambah ke Kegemaran’ dan gunakan audio tersebut kemudian.
  2. ‘Gunakan bunyi ini’ jika anda ingin terus menggunakannya.

  1. TikTok

    TikTok

    TikTok ialah aplikasi untuk video pendek. Anda boleh menonton, berikan tanda suka pada video yang digemari, langkau video yang anda tidak gemari dan temui video-video pendek lain yang menarik. Anda juga dapat membuat kandungan video dengan kreatif.

Cara Menyembunyikan Nombor Telefon Anda Di WhatsApp
Cara Menyembunyikan Nombor Telefon Anda Di WhatsApp

Dalam era digital ini, privasi telah menjadi perkara yang membimbangkan bagi individu yang menggunakan pelbagai platform komunikasi. WhatsApp, sebagai salah satu aplikasi pemesejan paling popular, membolehkan pengguna berhubung dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia. Wala…

Cara Melumpuhkan Penapisan Pada Telegram
Cara Melumpuhkan Penapisan Pada Telegram

Telegram ialah aplikasi pemesejan serba boleh yang mengutamakan privasi pengguna dengan menyediakan pelbagai ciri untuk meningkatkan keselamatan dan kawalan. Antara ciri ini ialah keupayaan untuk menapis kandungan sensitif, membolehkan pengguna menentukan tahap keselesaan mer…

Cara Memulihkan Mesej Yang Dipadam Di Telegram
Cara Memulihkan Mesej Yang Dipadam Di Telegram

Telegram ialah aplikasi pemesejan popular yang terkenal dengan ciri keselamatan dan antara muka mesra pengguna. Ia menawarkan pelbagai pilihan untuk berhubung dengan kenalan, keluarga dan rakan sekerja, menjadikannya platform yang ideal untuk komunikasi. Walau bagaimanapun, m…

Cara Melakukan Transisi Pada TikTok
Cara Melakukan Transisi Pada TikTok

TikTok telah menarik perhatian dunia media sosial, dengan video pendeknya yang rancak dan menarik. Salah satu elemen utama yang boleh memberikan kelainan kepada kandungan video TikTok anda ialah penggunaan transisi. Transisi menambah kreativiti dan sentuhan profesional pada v…

Cara Buat Duit di Telegram
Cara Buat Duit di Telegram

Dalam era digital hari ini, aplikasi pemesejan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Dengan berbilion pengguna di seluruh dunia, platform seperti Telegram telah mendapat populariti yang besar, bukan sahaja untuk komunikasi tetapi juga untuk meneroka pelua…