Cara Muat Turun Aplikasi yang tidak Tersedia di Negara anda

Anda pernah mendengar tentang beberapa permainan atau aplikasi hebat untuk Android dan ia semestinya hebat. Jadi anda mencarinya di Gedung tetapi tiada butang pasang disediakan. Sebaliknya akan disambut dengan notis ‘Item ini tidak tersedia di negara anda’ …

Namun begitu, ia tidak dapat menghalang anda daripada mencari aplikasi atau permainan yang anda inginkan, kita hanya perlukan sedikit usaha, itu sahaja. Jika anda pernah berada atau sedang mengalami situasi ini, teruskan membaca dan ketahui cara muat turun aplikasi yang tidak tersedia di negara anda.

VPN

VPN atau Rangkaian Peribadi Maya, ialah cara mudah untuk membuat peranti anda menganggap bahawa anda berada di negara lain. Ia menukar alamat IP anda kepada negara lain yang anda pilih. Ramai orang lebih gemar melayari internet menggunakan VPN walaupun hanya untuk membuat Carian Google pantas kerana ia memberikan perlindungan dan keselamatan semasa dalam talian.  (Jika anda sedang menggunakan Google Search, cuba taipkan ‘Do a barrel roll’…ia sesuatu yang anda mungkin belum pernah tahu)

Kini terdapat banyak aplikasi VPN yang boleh anda muat turun daripada PlayStore. Anda boleh memilih mana-mana aplikasi VPN yang anda suka dan ada di antaranya menawarkan perkhimatan yang lebih baik daripada yang lain. Sebelum memasang, sebaiknya anda membaca beberapa ulasan dan melihat apa yang akan anda perolehi. Sesetengah aplikasi mungkin dipenuhi dengan iklan, manakala yang lain mungkin sangat terhad tanpa keahlian premium yang mahal. Untuk memudahkan anda mencari tahu tentang aplikasi VPN, kami telah sediakan maklumatnya. Lihat siaran ini untuk mengetahui tentang aplikasi VPN terbaik untuk Android.

Setelah anda menetapkan VPN, pergi ke ‘Tetapan’ —> ‘Aplikasi’ —> ‘Google Play Store’.

Seterusnya, klik pada ‘Clear cache‘ dan kemudian ‘Force Stop‘. Pastikan anda tidak menekan ‘Clear Data’. Sekarang, jika VPN sedang berjalan, ketik pada ikon anda untuk membuka Play Store dan bersetuju dengan terma dan syarat. Anda kini melayari dari negara yang telah anda tetapkan pada VPN.

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi PERCUMA dengan cara ini. Jika anda membeli permainan atau aplikasi melalui VPN, Google akan menganggap anda mungkin digodam dan mula memasang pertahanan untuk memastikan anda selamat.

Cara Menyembunyikan Nombor Telefon Anda Di WhatsApp
Cara Menyembunyikan Nombor Telefon Anda Di WhatsApp

Dalam era digital ini, privasi telah menjadi perkara yang membimbangkan bagi individu yang menggunakan pelbagai platform komunikasi. WhatsApp, sebagai salah satu aplikasi pemesejan paling popular, membolehkan pengguna berhubung dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia. Wala…

Cara Melumpuhkan Penapisan Pada Telegram
Cara Melumpuhkan Penapisan Pada Telegram

Telegram ialah aplikasi pemesejan serba boleh yang mengutamakan privasi pengguna dengan menyediakan pelbagai ciri untuk meningkatkan keselamatan dan kawalan. Antara ciri ini ialah keupayaan untuk menapis kandungan sensitif, membolehkan pengguna menentukan tahap keselesaan mer…

Cara Memulihkan Mesej Yang Dipadam Di Telegram
Cara Memulihkan Mesej Yang Dipadam Di Telegram

Telegram ialah aplikasi pemesejan popular yang terkenal dengan ciri keselamatan dan antara muka mesra pengguna. Ia menawarkan pelbagai pilihan untuk berhubung dengan kenalan, keluarga dan rakan sekerja, menjadikannya platform yang ideal untuk komunikasi. Walau bagaimanapun, m…

Cara Melakukan Transisi Pada TikTok
Cara Melakukan Transisi Pada TikTok

TikTok telah menarik perhatian dunia media sosial, dengan video pendeknya yang rancak dan menarik. Salah satu elemen utama yang boleh memberikan kelainan kepada kandungan video TikTok anda ialah penggunaan transisi. Transisi menambah kreativiti dan sentuhan profesional pada v…

Cara Buat Duit di Telegram
Cara Buat Duit di Telegram

Dalam era digital hari ini, aplikasi pemesejan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Dengan berbilion pengguna di seluruh dunia, platform seperti Telegram telah mendapat populariti yang besar, bukan sahaja untuk komunikasi tetapi juga untuk meneroka pelua…