Cara Membisukan Seseorang Di Instagram
Instagram adalah aplikasi media sosial di mana penggunanya berkongsi gambar-gambar yang menarik dan aktiviti harian. Tetapi, kadang kala ianya sangat menjengkelkan. Oleh itu, jika anda ingin menyembunyikan siaran seseorang daripada suapan, anda boleh bisukan siaran dan Instagram tidak akan memberitahu pengguna tersebut. Jadi, anda tidak perlu menyahikut atau menyekat mereka.
Cara Membisukan Seseorang Di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Pilih akaun atau pengguna Instagram yang ingin anda bisukan.
- Tekan Mengikuti.
- Tekan Bisu.
- Di sini anda boleh memilih untuk membisukan Siaran atau Cerita.
- Tolak atau tekan tombol ke kanan.
- Apabila ianya telah bertukar ke warna biru, ini bermakna anda telah berjaya membisukan siaran dan cerita akaun tersebut.
Instagram
Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.