Cara Menghubungi Sokongan WhatsApp Pada Peranti Android
WhatsApp telah dimuat turun lebih daripada 1 bilion kali di Play Store. Jika anda menggunakan aplikasi ini dan berhadapan dengan beberapa isu, sudah tentu anda mahu menyelesaikannya dengan segera. Terdapat satu (1) cara mudah yang boleh digunakan untuk menghubungi sokongan WhatsApp.
Cara Menghubungi Sokongan WhatsApp Pada Peranti Android
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Tekan tiga titik bertindih di bahagian atas kanan skrin.
- Tekan Tetapan.
- Tatal ke bawah kemudian tekan Bantuan.
- Tekan Hubungi kami.
- Taipkan isu anda dan kemudian tekan Seterusnya.
- WhatsApp akan cuba mencari jawapan dalam pangkalan data sokongan mereka untuk isu anda.
- Jika isu anda tiada di dalam pangkalan data WhatsApp, anda boleh terus tatal ke bawah.
- Tekan Hantarkan pertanyaan saya kepada Sokongan WhatsApp.
- Anda akan dimajukan ke ruang sembang Sokongan WhatsApp. Di sini anda boleh perincikan isu atau masalah yang dihadapi.
WhatsApp Messenger
Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.