Cara Melihat Sejarah Tontonan Anda di TikTok
TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular di seluruh dunia. Aplikasi ini sentiasa memperkenalkan ciri-ciri terbaharu buat penggunanya. Terdapat satu ciri yang penting kepada pengguna TikTok iaitu ciri untuk melihat sejarah tontonan di TikTok. Ini menjadi sangat berguna jika anda secara tidak sengaja memuat semula halaman “Untuk Anda” dan menghilangkan video yang anda tonton sebelumnya.
Cara Melihat Sejarah Tontonan Anda di TikTok
- Buka aplikasi TikTok.
- Tekan Profil di bahagian bawah kanan skrin.
- Tekan tiga garis bertindih di bahagian atas kanan skrin.
- Tekan Tetapan dan privasi.
- Tekan Sejarah Tontonan.
- Anda dapat melihat semua sejarah tontonan di bahagian ini.
TikTok
Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).