Permainan Dunia Terbuka Terbaik Untuk Android Yang Patut Anda Mainkan

Permainan dunia terbuka semakin berkembang dengan pesatnya sejak 15 tahun yang lalu. Hari ini terdapat banyak permainan yang boleh dimainkan pada peranti Android anda. Jika anda masih tercari-cari permainan yang menarik untuk dimainkan, di sini kami senaraikan 5 permainan terbaik yang boleh dimuat turun sekarang.

  1. ARK: Survival Evolved

    ARK: Survival Evolved

    Selami pengembaraan dino di telefon mudah alih dengan ARK: Survival Evolved! Dunia permainan yang menggabungkan 80+ dinosaur unik dan makhluk purba untuk anda tangkap dan jinakkan. Dinosaur dan makhluk purba ini akan digunakan untuk kelangsungan hidup di dalam permainan.

  2. Genshin Impact — Sumeru Dibuka

    Genshin Impact — Sumeru Dibuka

    Anda dan adik-beradik tiba di Tevyat dari dunia lain. Pengembaraan anda bermula merentasi Tevyat untuk mencari jawapan daripada The Seven – tuhan setiap elemen. Di dalam pengembaraan ini akan bergabung tenaga dengan pelbagai watak untuk menyelesaikan misteri yang terdapat di Tevyat.

  3. Tower of Fantasy

    Tower of Fantasy

    Dalam Tower of Fantasy, sumber yang semakin berkurangan dan kekurangan tenaga telah memaksa manusia meninggalkan bumi dan berhijrah ke Aida, dunia asing yang subur dan boleh didiami. Di sana, mereka memerhati komet Mara dan menemui satu tenaga yang tidak diketahui tetapi berkuasa dipanggil “Omnium“. Mereka membina Menara Omnium untuk menawan Mara, tetapi disebabkan pengaruh sinaran Omnium, bencana besar telah berlaku di dunia baru mereka.

  4. Minecraft

    Minecraft

    Anda perlu bertahan dan kumpul item untuk tingkatkan inventori dan prestasi. Alami semuanya daripada membina rumah hingga pertahankan diri daripada raksasa. Dalam mod kreatif anda boleh cipta struktur yang anda inginkan, dengan semua blok tersedia dalam jumlah tanpa had. Semuanya boleh didapati dengan mudah tanpa perlu penerokaan. 

  5. Terraria

    Terraria

    Dunia ini berada di hujung jari anda semasa anda berjuang untuk kelangsungan hidup, kekayaan dan kemuliaan. Terokai jauh ke dalam hamparan yang luas, cari musuh yang lebih hebat untuk menguji keberanian anda dalam pertempuran, atau bina bandar anda sendiri – Di Dunia Terraria, pilihan di tangan anda!

Permainan Penjara Terbaik untuk Android yang Wajib Anda Cuba
Permainan Penjara Terbaik untuk Android yang Wajib Anda Cuba

Adakah anda pernah terfikir bagaimana rasanya berada di sebalik jeriji besi, merancang pelarian atau menguruskan penjara dengan strategi yang bijak? Permainan bertemakan penjara kini semakin popular di Android, menawarkan pelbagai cabaran menarik dan pengalaman yang unik. Dal…

Permainan Parkir Kereta Terbaik di Android yang Wajib Dicuba
Permainan Parkir Kereta Terbaik di Android yang Wajib Dicuba

Permainan parkir kereta semakin popular kerana cabarannya yang menyeronokkan serta menguji kemahiran kawalan pemain. Jika anda mencari permainan ringan namun mencabar, berikut adalah beberapa pilihan permainan parkir kereta terbaik di Android yang patut anda cuba! Baca juga p…

Permainan Memancing Terbaik untuk Android yang Anda Patut Cuba
Permainan Memancing Terbaik untuk Android yang Anda Patut Cuba

Nikmati keseronokan memancing terus di telefon anda! Permainan memancing Android ini menawarkan cabaran dan pengalaman seperti memancing sebenar. Jom lihat senarai permainan memancing terbaik untuk dicuba! Baca juga permainan memburu terbaik yang patut anda cuba hari ini. Gon…

Permainan Pesawat Terbaik untuk Android yang Anda Patut Cuba
Permainan Pesawat Terbaik untuk Android yang Anda Patut Cuba

Suka terbang tinggi di udara atau bermimpi menjadi juruterbang? Kini, anda tidak perlu menunggu lagi untuk merasai pengalaman itu! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa permainan pesawat terbaik yang pasti akan memikat hati para peminat aviasi. Bersiap sedia untuk t…