Cara Memindahkan Sembang WhatsApp ke Telegram pada Android
WhatsApp dan Telegram adalah dua aplikasi pemesejan paling popular di dunia. Walaupun kedua-duanya mempunyai ciri dan kekuatan unik mereka, mungkin ada kalanya anda ingin bertukar daripada WhatsApp ke Telegram, tetapi tidak mahu kehilangan sejarah sembang berharga.
Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk memindahkan perbualan anda dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan lancar. Baca juga cara pin mesej di WhatsApp.
Cara Memindahkan Sembang WhatsApp ke Telegram pada Android
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Ketik 3 titik bertindih di atas kanan skrin.
- Ketik Lagi.
- Ketik Eksport sembang.
- Anda boleh memilih eksport tanpa media atau sertakan media.
- Ketik pilihan anda.
- Ketik Telegram.
- Pilih rakan anda di Telegram di mana mesej yang diesksport akan diletakkan.
- Ketik Import.
- Akhir sekali ketik Siap.
- Anda telah pun berjaya memindahkan sembang dari WhatsApp ke Telegram.
WhatsApp Messenger
Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.