Cara Menghantar Mesej Suara Sekali Tontonan di WhatsApp
Menghantar mesej suara yang sekali tontonan di WhatsApp ialah ciri yang membolehkan anda menghantar mesej suara yang hilang secara automatik selepas ia dimainkan oleh penerima.
Ciri ini berguna untuk berkongsi kemas kini pantas, mesej atau pemikiran peribadi tanpa mengacau sejarah sembang anda. Kami akan mengajarkan caranya kepada anda di dalam blog kali ini. Baca juga perkongsian kami berkenaan cara menggunakan 2 akaun WhatsApp pada 1 telefon.
Cara Menghantar Mesej Suara Sekali Tontonan di WhatsApp
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Pilih rakan yang ingin anda hantar mesej suara tersebut.
- Ketik dan tekan dengan lama ikon mikrofon di bawah.
- Luncurkan ke atas sehingga sampai ke ikon kunci mangga.
- Anda boleh mulakan mesej suara.
- Ketik nombor 1 yang berada di dalam bulatan.
- Di sini anda akan dapat lihat Mesej suara disetkan kepada sekali tontonan apabila nombor 1 berubah menjadi warna hijau.
- Ketik hantar.
- Anda akan dapat lihat nombor 1 berada di mesej suara yang telah dihantar.
- Rakan anda hanya boleh mendengar sekali sahaja mesej tersebut.
WhatsApp Messenger
Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS.