Cara Menghasilkan Audio Anda Sendiri Di TikTok
Bunyi adalah segala-galanya untuk TikTok. Jika anda pandai menggabungkan video dan audio yang sesuai, ia dapat membuatkan video anda tular dan dikongsikan oleh ramai pengguna TikTok.
Kita lebih cenderung untuk mengingati audio sesuatu video berbanding kandungan video itu sendiri kan? Di aplikasi TikTok, anda dapat memilih audio dari perpustakaan audio atau daripada video pengguna lain. Kebiasaanya audio yang tular akan digunakan semula oleh komuniti TikTok dalam penghasilan video mereka.
Pernahkah anda terfikir, bagaimana cara untuk menghasilkan audio anda sendiri di TikTok? Kami kongsikan caranya di bawah.
Cara Menghasilkan Audio Anda Sendiri Di TikTok
- Buka aplikasi TikTok dan pilih tanda +.
- Tekan bulatan merah dan mulakan rakaman anda. Semasa anda merakam video, anda perlu menggunakan audio anda sendiri.
- Setelah selesai merakam, anda boleh menekan butang ‘Seterusnya’.
- Sebelum anda menyiarkan video, pastikan bahawa anda memilih ‘Hanya Saya’ di bahagian ‘Orang yang boleh menonton video ini’.
- Kemudian anda boleh siarkan video tersebut.
- Anda pilih video yang telah disiarkan tadi.
- Anda akan melihat bulatan di sebelah kanan skrin dengan gambar profil anda. Ini menunjukkan bahawa anda sudah berjaya menghasilkan audio anda sendiri.
- Akhir sekali, anda boleh:
- ‘Tambah ke Kegemaran’ dan gunakan audio tersebut kemudian.
- ‘Gunakan bunyi ini’ jika anda ingin terus menggunakannya.
TikTok
TikTok ialah aplikasi untuk video pendek. Anda boleh menonton, berikan tanda suka pada video yang digemari, langkau video yang anda tidak gemari dan temui video-video pendek lain yang menarik. Anda juga dapat membuat kandungan video dengan kreatif.