Cara Mematikan Status Aktif pada TikTok
TikTok, platform media sosial yang semakin popular, adalah tempat yang sempurna untuk berkongsi video pendek kreatif dengan dunia. Walaupun ia adalah platform yang menyeronokkan, kadang-kadang anda mungkin ingin menjaga privasi dengan mematikan status aktif.
Status aktif di TikTok membenarkan rakan-rakan melihat bahawa anda sedang aktif di platform ini. Ia juga membolehkan mereka menghantar mesej dan berhubung dengan anda secara langsung. Jika anda tidak mahu diganggu oleh mesej yang menjengkelkan, anda boleh menyekat atau nyahsekat pengguna Tiktok dan caranya kami kongsikan di sini.
Cara Mematikan Status Aktif pada TikTok
- Buka aplikasi TikTok.
- Ketik Profil.
- Ketik tiga (3) garis bertindih di sebelah atas kanan skrin.
- Ketik Tetapan dan privasi.
- Ketik Privasi.
- Pastikan togol berada di sebelah kiri dan berwarna kelabu.
- Dengan ini anda berjaya mematikan status aktif di TikTok.
TikTok
Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).