Cara Menetapkan Semula Algoritma TikTok untuk Mendapatkan Pengesyoran Baharu
Hampir semua orang mempunyai akaun TikTok. Ia telah menjadi salah satu aplikasi penting untuk penggunanya menghasilkan video yang menarik. Hari ini, kami akan kongsikan cara untuk menetap semula algoritma TikTok supaya anda dapat menerima cadangan yang baharu dan menyeronokkan. Kami juga pernah kongsikan cara mencari tanda pagar sohor kini yang mungkin dapat membantu anda menaikan khalayak.
Cara Menetapkan Semula Algoritma TikTok untuk Mendapatkan Pengesyoran Baharu
Jika anda sudah rasa bahawa rekomendasi TikTok anda mula menjadi monoton, jangan risau! Kami akan tunjukkan langkah-langkah mudah supaya anda dapat merasai pengalaman TikTok yang lebih bervariasi. Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana caranya!
1. Kosongkan Cache pada TikTok
- Buka aplikasi TikTok.
- Ketik Profil.
- Ketik tiga (3) garis bertindih di sebelah atas kanan skrin.
- Ketik Tetapan dan privasi.
- Ketik Kosongkan ruang.
- Ketik Kosongkan.
- Akhir sekali ketik Kosongkan. Anda telah pun berjaya mengosongkan cache TikTok.
2. Tandakan Video Sebagai Tidak Berminat
- Buka aplikasi TikTok.
- Tekan dengan lama pada video yang anda tidak minati.
- Ketik Tidak berminat.
3. Nyahikut Akaun TikTok yang Anda Tidak Suka
- Buka aplikasi TikTok.
- Ketik Profil.
- Ketik Mengikuti.
- Cari akaun yang ingin dinyahikut.
- Akhir sekali ketik Mengikuti. Anda telah berjaya menyahikut pengguna tersebut.
TikTok
Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).