Cara Merepot Seseorang di Telegram
Ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Telegram menjadikannya salah satu daripada aplikasi pemesejan yang popular. Telegram mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, namun mungkin terdapat segelintir individu menyiarkan kandungan yang tidak wajar.
Untuk mengekalkan komuniti yang selamat, anda mesti mengambil tahu cara merepot seseorang di Telegram. Jika anda ingin mengenal pasti akaun Telegram yang palsu, kami pernah berkongsi tentangnya sebelum ini. Anda boleh ketik sini untuk membaca.
Cara Merepot Seseorang di Telegram
- Buka aplikasi Telegram.
- Ketik saluran atau individu yang ingin dilaporkan.
- Ketik tiga titik bertindih di sebelah atas kanan skrin.
- Ketik Repot.
- Di bahagian Repot, anda dapat melihat pelbagai alasan mengapa repot mahu dilalukan.
- Pilih salah satu alasan.
- Bergantung kepada pilihan di bahagian Repot, anda mungkin perlu memberitahu mengapa anda mahu merepot saluran atau individu tersebut.
- Ikuti arahan yang disiarkan di skrin anda sehingga selesai.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.