Cara Mencari Seseorang Di Telegram
Telegram telah mendapat populariti yang besar sebagai aplikasi pemesejan yang selamat dan serba boleh dengan menawarkan pelbagai ciri. Dengan antara muka mesra pengguna dan tetapan privasi yang mantap, Telegram telah menjadi platform pilihan untuk komunikasi.
Jika anda ingin berhubung dengan seseorang di Telegram tetapi tidak tahu di mana hendak bermula, kami akan kongsikan caranya. Selain itu anda juga mungkin ingin mengetahui cara menghapus kenalan di Telegram.
Cara Mencari Seseorang Di Telegram
- Buka aplikasi Telegram.
- Ketik ikon kanta pembesar di sebelah atas kanan skrin.
- Taip nama pengguna yang ingin dicari.
- Ada kala anda akan diberikan beberapa pilihan pengguna yang mengunakan nama yang sama.
- Ketik nama pengguna yang dicari.
- Anda boleh mula menaip mesej untuk dikirim kepada pengguna tersebut.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.