Apa itu Rooting & Cara Root Android Anda

Apakah Maksud Rooting?

Jika anda pernah mendengar tentang istilah ‘root‘ untuk peranti Android, anda mungkin tertanya-tanya tentangnya. Ringkasnya, root peranti memberikan anda akses sepenuhnya kepada hampir semua perkara. Anda boleh overclock pemproses, melaras perisian tegar, memasang aplikasi tertentu yang hanya boleh gunakan jika peranti telah di-root, mencipta pelayar selamat dan banyak lagi.  Jika anda tahu apa yang anda lakukan, maka lebih banyak perkara boleh dibuat selepas peranti anda di-root.

Kemungkinan Bahaya Rooting

Walau bagaimapun, terdapat risiko apabila melakukan rooting pada peranti anda. Jaminan peranti mungkin terbatal dan mungkin juga akan merosakkan peranti anda. Ia juga boleh menjadikan peranti anda lebih terdedah kepada risiko keselamatan. Secara amnya, proses root sebenarnya sangat mudah, tetapi apa yang anda mungkin lakukan selepas itulah yang boleh menyebabkan terjadinya risiko. Jadi, jika anda ingin mengetahui cara melakukan rooting yang betul, teruskan membaca.

Cara Root Peranti Anda

Pertama sekali, pastikan anda membuat sandaran keseluruhan peranti anda, dengan cara ini sekurang-kurangnya anda tidak akan kehilangan semua data anda jika sesuatu berlaku. Selain itu, anda perlu mengetahui bahawa kaedah berikutnya tidak akan berhasil jika telefon pintar atau tablet Android anda menggunakan Android 5.1 atau lebih tinggi.

Setelah membuat sandaran peranti anda, pastikan bateri peranti dicas penuh. Kemudian, cari dan buka ‘Tetapan‘ dan ikut langkah berikut:

  • Ketik ‘Perihal Telefon’dan cari ‘Nombor Binaan’.
  • Ketik pada ‘Nombor Binaan’sebanyak tujuh kali dan ‘Pilihan Pembangun’ akan mucul pada halaman utama ‘Tetapan’ anda.
  • Ketik ‘Pilihan Pembangun’(Anda perlu menekan kembali untuk keluar daripada menu ‘Perihal Telefon’) dan tandakan kotak untuk mendayakan ‘USB Debugging’ dan ‘OEM Unlocking’

Memandangkan anda telah menyediakan peranti, kita boleh mulakan dengan proses sebenar rooting. Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh muat turun, tetapi yang paling mudah dan ringkas adalah TowelRoot. Anda perlu membenarkan peranti anda memasang aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui di ‘Tetapan’ anda. Ikuti pautan ini dan klik simbol di tengah halaman.

Setelah dipasang, buka aplikasi dan ikut arahan. Ia tidak akan mengambil masa yang lama dan jika semuanya berjalan dengan lancar, peranti anda sepatutnya di-root.  Anda boleh memuat turun aplikasi yang dinamakan Root Checker. Aplikasi ini akan memberitahu anda jika peranti anda telah berjaya di-root.

Sekarang, anda mungkin mendapati peranti anda berjalan sama seperti biasa kecuali kini anda boleh melakukan apa sahaja yang terbatas sebelum ini. Google beberapa idea tentang apa yang boleh dilakukan setelah peranti di-root. Cuma, anda perlu berhati-hati dengan semua perubahan yang mungkin dibuat kerana boleh menyebabkan peranti anda ‘Bricking‘, menjadikannya tidak dapat berfungsi lagi.

Jika idea meningkatkan hayat bateri anda, overclocking atau underclocking pemproses, memasang aplikasi di-root sahaja, menamatkan perisian remeh dan meningkatkan prestasi peranti anda boleh membuatkan anda teruja, jadi rooting adalah sesuatu yang anda cari.  Jika anda merasakan ‘Ah, terlalu rumit…’, mungkin ianya bukan untuk anda.

Cara Muat Turun Video dari Saluran Peribadi Telegram
Cara Muat Turun Video dari Saluran Peribadi Telegram

Telegram adalah salah satu platform komunikasi yang popular, dan ia membolehkan pengguna untuk berkongsi pelbagai jenis kandungan seperti video melalui saluran (channel). Walaupun mudah untuk memuat turun video dari saluran awam, proses ini mungkin sedikit berbeza apabila ber…

Telegram Tidak Berfungsi? Inilah Cara untuk Memperbaikinya
Telegram Tidak Berfungsi? Inilah Cara untuk Memperbaikinya

Telegram adalah salah satu aplikasi mesej yang popular dengan pelbagai ciri yang menarik. Namun, ada kalanya aplikasi ini tidak berfungsi seperti biasa. Jangan risau, jika anda mengalami masalah dengan Telegram, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk mempe…

Cara Menghubungi Sokongan Instagram pada Android
Cara Menghubungi Sokongan Instagram pada Android

Menghadapi masalah di Instagram boleh jadi menyusahkan, terutama apabila anda tidak pasti bagaimana untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Berikut adalah panduan ringkas untuk membantu anda melalui proses ini. Baca juga cara menukar bahasa di Instagram. Cara Menghubungi S…

Cara Menukar Bahasa Di Instagram
Cara Menukar Bahasa Di Instagram

Adakah anda ingin menukar bahasa di akaun Instagram tetapi tidak pasti bagaimana untuk memulakannya? Sama ada anda ingin memudahkan navigasi di Instagram, atau sekadar beralih ke bahasa pilihan yang lain, panduan ini akan membantu anda melalui prosesnya langkah demi langkah. …