Cara Untuk Memuat Turun Video Dari Telegram Pada Android
Telegram ialah aplikasi pemesejan serba boleh yang telah mendapat populariti yang besar. Ia membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan suara dan video, dan berkongsi fail multimedia, termasuk video. Kami faham ada kalanya anda mahu memuat turun video yang ditonton di Telegram terus ke telefon pintar. Jangan risau, kami akan kongsikan caranya di dalam artikel ini.
Cara Untuk Memuat Turun Video Dari Telegram Pada Android
- Buka aplikasi Telegram.
- Ketik saluran Telegram yang mengandungi video yang mahu dimuat turun.
- Ketik video yang mahu dimuat turun.
- Ketik tiga tanda bertindih di sebelah atas kanan skrin.
- Ketik Save to gallery atau Simpan ke galeri.
- Anda telah pun berjaya memuat turun video dari Telegram ke telefon pintar Android.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.