Cara Menghapus Kenalan Di Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan popular yang membolehkan anda berkomunikasi dengan rakan dan keluarga dari seluruh dunia. Walaupun ini cara yang bagus untuk terus berhubung, anda mungkin telah mengumpul senarai panjang kenalan dari semasa ke semasa. Sama ada anda ingin mengecilkan senarai kenalan atau mengalih keluar seseorang, menghapus kenalan di Telegram ialah proses yang cepat dan mudah.
Cara Menghapus Kenalan Di Telegram
- Buka aplikasi Telegram.
- Ketik tiga (3) garis bertindih di bahagian atas kiri skrin.
- Ketik Kenalan.
- Pilih kenalan yang ingin dihapuskan.
- Ketik kenalan tersebut.
- Ketik tiga (3) titik bertindih di sebelah atas kanan skrin.
- Ketik nama kenalan.
- Ketik Hapus kenalan.
- Ketik Hapus.
- Kenalan tersebut telah berjaya dihapuskan dari Telegram anda.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.