Cara Membuat Siaran Karusel Instagram Pada Android
Instagram telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular, dengan lebih daripada 1 bilion pengguna aktif bulanan. Salah satu cara terbaik untuk membuat profil Instagram anda menonjol adalah dengan mencipta siaran karusel yang menarik. Siaran karusel Instagram membolehkan anda berkongsi beberapa gambar atau video dalam satu siaran, mencipta pengalaman visual yang menarik dan dinamik untuk para pengikut.
Cara Membuat Siaran Karusel Instagram Pada Android
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan ikon + di bahagian bawah skrin.
- Pastikan anda memilih SIARAN.
- Ketik PILIH BERBILANG.
- Pilih semua imej atau video yang anda ingin kongsi.
- Sunting imej jika mahu.
- Anda boleh menulis kapsyen, tag orang dan tambah lokasi.
- Akhir sekali ketik tanda ✔ di bahagian kanan atas skrin.
- Anda telah berjaya mencipta siaran karusel di Instagram.
Instagram
Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.