Cara Menjadualkan Mesej di Instagram
Adakah anda mahu kekal berhubung dengan pengikut atau pelanggan di Instagram tanpa perlu sentiasa berada di telefon? Kini anda boleh jadualkan mesej dengan mudah, menjadikan komunikasi lebih lancar dan tersusun. Mari kita lihat caranya!
Baca juga cara menambahkan nama panggilan di Instagram.
Cara Menjadualkan Mesej di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Ketik mesej.
- Pilih rakan yang anda ingin jadualkan mesej.
- Buka ruang mesej dan taip mesej.
- Ketik dengan lama pada ikon hantar.
- Pilih masa untuk anda jadualkan mesej dan ketik butang biru di bawah.
- Kemudian anda akan dapat lihat 1 mesej telah dijadualkan. Selesai!
Instagram
Instagram ialah aplikasi rangkaian sosial yang khusus bertujuan untuk menyiarkan dan berkongsi foto melalui peranti mudah alih anda.Membolehkan anda kongsi foto dengan serta-merta ke Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr dan Foursquare, semak imej rakan, gunakan penapis, sempadan tersuai dan kesan kabur Tilt-Shift, komen dan suka foto rakan.