Cara Menukar Kata Laluan Telegram: Panduan Mudah untuk Keselamatan Akaun Anda

Menjaga keselamatan akaun Telegram anda sangat penting, terutamanya apabila ia melibatkan komunikasi peribadi dan maklumat sensitif. Salah satu langkah terbaik yang boleh anda ambil ialah menukar kata laluan secara berkala untuk memastikan akaun anda terlindung daripada akses yang tidak diingini. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan langkah-langkah mudah untuk menukar kata laluan Telegram anda.

Kami juga pernah kongsikan cara-cara menggunakan Telegram dengan selamat. Anda boleh baca di sini.

Cara Menukar Kata Laluan Telegram

  • Buka aplikasi Telegram.
  • Ketik 3 garis bertindih yang berada di atas kiri skrin.

  • Ketik Tetapan.

  • Ketik Privasi dan Sekuriti.

  • Ketik Kunci Kod Laluan.

  • Jika anda belum mengaktifkan kod laluan, ketik Daya Kata Laluan dan teruskan mengikut arahan sehingga selesai.

  • Jika anda pernah menetapkan kod laluan sebelum ini, ketik Tukar Kod Laluan.

  • Masukkan kod laluan baharu dan teruskan sehingga selesai.

  • Anda telah pun berjaya menukar kata laluan yang baharu di Telegram.
  1. Telegram

    Telegram

    Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.

Cara Membeli Syiling Di TikTok
Cara Membeli Syiling Di TikTok

Ingin menyokong pencipta kegemaran anda di TikTok atau membuka ciri-ciri eksklusif? Membeli syiling di TikTok adalah cara yang tepat! Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana untuk membeli syiling dengan mudah dan selamat. Baca juga …

Cara Melihat Masa Tepat Mesej Telegram Anda Dibaca
Cara Melihat Masa Tepat Mesej Telegram Anda Dibaca

Adakah anda pernah tertanya-tanya bila mesej Telegram anda sebenarnya dibaca oleh penerima? Kadang-kadang, tanda ‘dibaca’ sahaja tidak mencukupi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk anda mengetahui masa yang tepat mesej anda dibaca. Jadi, anda …