Cara Menghidupkan Penyulitan Hujung ke Hujung di Instagram
Privasi adalah perkara penting, dan dalam dunia digital hari ini, menjaga perbualan peribadi dan saat-saat yang dikongsi adalah lebih penting daripada sebelumnya.
Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk mengaktifkan penyulitan hujung-ke-hujung di Instagram, memastikan bahawa perbualan peribadi kekal benar-benar peribadi. Baca juga cara membaca mesej langsung di Instagram tanpa dilihat.
Cara Menghidupkan Penyulitan Hujung ke Hujung di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Pilih ruangan bual yang ingin dihidupkan penyulitan hujung ke hujung.
- Ketik nama rakan tersebut.
- Ketik Privasi & keselamatan.
- Ketik Gunakan penyulitan hujung ke hujung.
- Anda akan dibawa ke ruangan sembang yang baharu.
- Di sini anda dapat lihat di bahagian bawah terdapat “Disulitkan hujung ke hujung”.
- Mulakan perbualan anda seperti biasa dengan lebih privasi!
Instagram
Instagram ialah aplikasi rangkaian sosial yang khusus bertujuan untuk menyiarkan dan berkongsi foto melalui peranti mudah alih anda. Membolehkan anda kongsi foto dengan serta-merta ke Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr dan Foursquare, semak imej rakan, gunakan penapis, sempadan tersuai dan kesan kabur Tilt-Shift, komen dan suka foto rakan.