Cara Mengosongkan Kac Telegram pada Android
Jika anda seorang pengguna Telegram yang tegar, kac aplikasi boleh terkumpul dan mengambil ruang storan yang berharga pada peranti Android. Mengosongkan kac bukan sahaja membantu mengosongkan storan tetapi juga boleh menyelesaikan beberapa isu biasa seperti prestasi perlahan atau ranap aplikasi.
Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara mengosongkan kac Telegram pada peranti Android. Baca juga cara menambah berbilang akaun di Telegram.
Cara Mengosongkan Kac Telegram pada Android
- Buka aplikasi Telegram.
- Ketik 3 baris bertindih di sebelah atas kiri skrin.
- Ketik Aturan.
- Ketik Data dan Storan.
- Ketik Kegunaan Storan.
- Ketik Padam Kac.
- Ketik Padam kac. Selesai!
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.