Cara Melihat Siapa Yang Berkongsi Siaran Instagram Anda
Instagram adalah platform yang bergantung kepada interaksi dan perkongsian. Apabila foto atau video dimuat naik, anda mungkin ingin tahu siapa yang menganggap konten tersebut cukup menarik untuk dikongsi dengan pengikut mereka. Untuk mendapatkan maklumat siapa yang berkongsi siaran, anda memerlukan akaun perniagaan dan ianya tidak tersedia untuk akaun persendirian.
Dalam blog post ini, kami akan meneroka bagaimana untuk melihat siapa yang berkongsi siaran Instagram anda. Kami juga pernah kongsikan cara untuk berkongsi siaran kolaborasi di Instagram untuk meningkatkan interaksi yang mungkin menarik minat anda.
Cara Melihat Siapa Yang Berkongsi Siaran Instagram Anda
Jika anda mempunyai akaun perniagaan di Instagram, anda boleh mengakses Instagram Insights.
- Buka aplikasi Instagram.
- Pilih siaran.
- Ketik View Insights di bahagian bawah siaran tersebut.
- Anda akan dapat lihat semua aktiviti berkaitan siaran tersebut.
- Jika anda lihat di ikon kapal terbang kertas, anda akan lihat jumlah pengguna Instagram yang telah berkongsi siaran tersebut.
Instagram
Instagram ialah aplikasi rangkaian sosial yang khusus bertujuan untuk menyiarkan dan berkongsi foto melalui peranti mudah alih anda. Membolehkan anda kongsi foto dengan serta-merta ke Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr dan Foursquare, semak imej rakan, gunakan penapis, sempadan tersuai dan kesan kabur Tilt-Shift, komen dan suka foto rakan.