Cara Melihat Permintaan Ikut Dihantar di Instagram
Instagram ialah platform yang sentiasa berkembang dengan pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan. Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh penggunanya. Salah satu kekecewaan yang biasa dihadapi pengguna ialah tidak dapat melihat permintaan mengikuti yang dihantar di Instagram.
Dalam catatan blog ini, kami akan membimbing anda melalui proses melihat permintaan ikuti yang dihantar di Instagram. Anda jua mungkin meminati cara untuk posting kolaborasi di Instagram yang pernah kami kongsikan sebelum ini.
Cara Melihat Permintaan Ikut Dihantar di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Ketik profil Instagram anda.
- Ketik tiga (3) garis bertindih di sebelahkanan atas skrin.
- Ketik Aktiviti anda.
- Tatal ke bawah kemudian ketik Download your information.
- Ketik Hantar permintaan.
- Pilih dan ketik Salinan Lengkap.
- Ketik Minta muat turun.
- Setelah muat turun selesai, ketik fail tersebut.
- Anda akan dapat melihat beberapa folder dan salah satunya ialah pending_follow_request.
- Ketik folder ini dan anda akan dapat melihat semua permintaan ikut yang pernah dihantar.
Instagram
Instagram ialah aplikasi rangkaian sosial yang khusus bertujuan untuk menyiarkan dan berkongsi foto melalui peranti mudah alih anda. Membolehkan anda kongsi foto dengan serta-merta ke Facebook, Twitter, Flickr, Tumblr dan Foursquare, semak imej rakan, gunakan penapis, sempadan tersuai dan kesan kabur Tilt-Shift, komen dan suka foto rakan.