Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

Telegram, aplikasi pemesejan popular, menawarkan ciri berharga yang membolehkan anda memantau keselamatan akaun dengan menyemak sejarah log masuk. Menyedari siapa yang telah mengakses akaun Telegram boleh membantu anda mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi privasi.

Dalam panduan ini, kami akan mengajar langkah-langkah untuk menyemak sejarah log masuk Telegram pada peranti Android. Jika anda tercari-cari cara melumpuhkan tangkapan skrin di Telegram, kami pernah kongsikan caranya di sini.

Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

  • Buka aplikasi Telegram.
  • Ketik tiga (3) garis bertindih di sebelah atas kiri skrin.

  • Ketik Aturan.

  • Ketik Peranti.

  • Di bahagian ini terdapat senarai peranti dan masa mereka log masuk ke akaun Telegram anda.

  • Anda boleh ketik Tamatkan Sesi jika tidak mahu aplikasi ini mengakses akaunTelegram lagi.

  1. Telegram

    Telegram

    Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
    Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…

Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya
Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya

Penyiaran silang adalah cara mudah untuk berkongsi kandungan yang sama di beberapa platform media sosial tanpa perlu memuat naik secara berasingan. Di Instagram, penyiaran silang membolehkan anda berkongsi foto atau video ke Facebook serentak, menjimatkan masa dan usaha dalam…

Cara Meninggalkan Komen Awam di Cerita Instagram
Cara Meninggalkan Komen Awam di Cerita Instagram

Cerita Instagram adalah salah satu cara popular untuk berkongsi detik-detik harian, tetapi tahukah anda bahawa anda juga boleh memberi komen secara awam pada cerita yang anda tonton? Ini memberi peluang untuk berinteraksi dengan pengguna lain secara lebih terbuka. Baca juga c…