Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp
WhatsApp, salah satu aplikasi pemesejan paling popular di seluruh dunia, sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya. Satu ciri yang menjadi semakin penting ialah keupayaan untuk berkongsi skrin semasa perbualan. Sama ada untuk kerja, sokongan teknologi atau hanya untuk menunjukkan sesuatu yang menarik, berkongsi skrin di WhatsApp boleh menjadi ciri yang berguna.
Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda cara untuk berkongsi skrin di WhatsApp dengan mudah. Jika anda belum mempunyai avatar sendiri, apa kata teruskan membaca cara membuat avatar di WhatsApp yang pernah kami kongsikan dahulu.
Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Mulakan panggilan video dengan rakan anda.
- Setelah rakan anda menjawab panggilan, anda akan dapat melihat beberapa ikon seperti di bawah.
- Ketik ikon kedua.
- Ketik Start now atau Mulakan sekarang.
- Anda sedang berkongsi skrin anda akan terpapar di skrin.
- Ini menunjukkan anda berjaya berkongsi skrin dengan rakan tersebut.
WhatsApp Messenger
Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.