Cara Menambah Link Ke Teks Dalam Telegram
Dalam era digital hari ini, komunikasi telah berkembang dengan pesat dan Telegram telah menjadi salah satu platform pemesejan yang paling popular. Salah satu ciri yang paling berkuasa ialah keupayaan untuk menambah link pada teks, membolehkan pengguna berkongsi laman web dan kandungan dengan mudah.
Dalam catatan blog ini, kami akan mengajar cara mudah untuk menambah link pada teks dalam Telegram. Selain itu, anda juga mungkin ingin tahu cara untuk menyunting mesej yang telah dihantar di Telegram.
Cara Menambah Link Ke Teks Dalam Telegram
- Buka aplikasi Telegram.
- Ketik ruangan bual.
- Taip mesej.
- Pilih dan ketik perkataan yang hendak diletakkan link.
- Ketik tiga (3) titik bertindih.
- Tatal ke bawah, kemudian ketik Cipta Link.
- Tampalkan link di bahagian URL.
- Ketik OK.
- Kemudian ketik ikon kapal terbang kertas untuk menghantar mesej.
- Anda akan dapat lihat mesej yang dihantar mempunyai link pautan.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.