Cara Memadam Video TikTok pada Android

TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial paling popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berjuta-juta pengguna menyiarkan dan berkongsi video mereka pada aplikasinya. Ada kalanya mungkin anda mahu memadamkan video TikTok yang pernah disiarkan. Walau apa pun alasannya, memadam video TikTok adalah proses yang sangat mudah dan kami akan kongsikan caranya hari ini.

Cara Memadam Video TikTok pada Android

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Ketik Profil.

  • Pilih dan ketik video yang ingin dipadam.

  • Di video tersebut, ketik tiga titik yang berada di sebelah kanan skrin.

  • Di bahagian bawah sekali, tatal ke kiri sehingga anda jumpa Padam.
  • Ketik Padam.

  • Kemudian, ketik Padam sekali lagi.

Menjadikan Video Peribadi

Katakanlah bahawa anda belum bersedia untuk memadam video, tetapi tidak mahu dilihat oleh pengguna lain. Anda tidak perlu memadamkan video tersebut. Anda hanya perlu menukar privasi dan menjadikan video tersebut peribadi.

  • Buka aplikasi TikTok.
  • Ketik Profil.

  • Pilih dan ketik video yang ingin dijadikan peribadi.

  • Di video tersebut, ketik tiga titik yang berada di sebelah kanan skrin.

  • Di bahagian bawah sekali, tatal ke kiri sehingga anda jumpa Tetapan Privasi.
  • Ketik Tetapan Privasi.

  • Ketik Hanya saya.
  • Anda telah berjaya mengelakkan pengguna lain melihat video tersebut.

  1. TikTok

    Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).

Cara Menukar Jenis Huruf Di Instagram

Dalam landskap media sosial yang dipacu visual hari ini, estetika memainkan peranan penting dalam menarik perhatian dan menyatakan keperibadian anda. Satu cara untuk meningkatkan penampilan profil dan siaran Instagram anda ialah dengan menukar jenis huruf. Cara Menukar Fon da…

Cara Mendapat Pengesahan di Telegram

Dalam era digital hari ini, pengesahan media sosial telah menjadi simbol kredibiliti dan keaslian. Telegram, aplikasi pemesejan popular, turut menawarkan ciri pengesahan untuk membantu pengguna mengenal pasti akaun yang sah. Dalam catatan blog kali ini, kami akan memberikan p…

Cara Untuk Memuat Turun Video Dari Telegram Pada Android

Telegram ialah aplikasi pemesejan serba boleh yang telah mendapat populariti yang besar. Ia membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan suara dan video, dan berkongsi fail multimedia, termasuk video. Kami faham ada kalanya anda mahu memuat turun vide…

Cara Cari Tanda Pagar Sohor Kini di TikTok

TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular hari ini. Dengan berjuta-juta pengguna aktif, ia adalah tempat terbaik bagi jenama, perniagaan dan pencipta mempromosikan kandungan mereka dan menjangkau khalayak yang lebih luas. Walau bagaimanapun, de…

Cara Menukar Warna Latar Belakang Cerita Instagram

Penggunaan ciri Cerita di Instagram adalah sesuatu yang amat popular di masa kini. Tetapi, adakah anda bosan menggunakan latar belakang biasa untuk cerita Instagram anda? Adakah anda ingin menambah warna dan personaliti unik pada kandungan? Anda bernasib baik kerana menukar w…