Cara Untuk Menghapuskan Penapis Atau Kesan TikTok Pada Android
TikTok telah menjadi sebahagian daripada aplikasi popular di dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Salah satu ciri paling menarik pada aplikasi ini adalah penapis dan kesan, yang dapat mengubah video anda menjadi sesuatu yang benar-benar unik dan menghiburkan. Walau bagaimanapun, apa yang terjadi apabila anda ingin menghapuskan penapis atau kesan dari video? Ia boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan, terutamanya jika anda tidak biasa dengan ciri-ciri aplikasi tersebut. Dalam blog ini, kami akan menerangkan cara menghapuskan penapis atau kesan TikTok pada Android.
Cara Untuk Menghapuskan Penapis Atau Kesan TikTok Pada Draf
- Buka aplikasi TikTok.
- Pilih video yang ingin disunting untuk menghapuskan penapis.
- Ketik video tersebut.
- Ketik Kesan atau Penapis. Ini bergantung kepada apa yang digunakan di dalam video draf sebelum ini.
- Ketik bahagian yang bertanda nombor 1.
- Kemudian ketik ikon tong sampah di nombor 2.
- Ketik Simpan.
- Ketik Seterusnya.
- Akhir sekali ketik Siarkan.
Cara Untuk Menghapuskan Penapis Atau Kesan TikTok Sebelum Merakam
- Buka aplikasi TikTok.
- Ketik ikon + di bahagian bawah tengah skrin.
- Ketik Kesan.
- Secara automatik, anda akan menggunakan kesan yang pertama.
- Jika anda mahu menghapuskan kesan tersebut, ketik sekali lagi pada kesan yang sama.
- Anda dapat lihat tiada lagi kesan di skrin.
- Anda boleh mula merakam dan kemudian siarkan video tersebut.
TikTok
Kini anda boleh masukkan muzik kegemaran ke dalam video yang anda edit atau gunakan efek gerakan perlahan yang menakjubkan dan time lapse. Anda boleh tambah kesan khas pada video menggunakan jutaan lagu dan kesan bunyi dari perpustakaan dan kongsi hasil akhir pada rangkaian sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, dll).