Cara Menyembunyikan Status Terakhir Dilihat Dan Dalam Talian Di Telegram
Telegram membenarkan penggunanya menyembunyikan status “terakhir dilihat”. Ia merujuk kepada kali terakhir mereka menggunakan aplikasi itu. Anda boleh menyembunyikannya daripada semua kenalan sekali gus atau beberapa kenalan terpilih. Dengan menyembunyikan masa terakhir dilihat, anda boleh memastikan tiada sesiapa tahu bila kali terakhir dalam talian di Telegram.
Cara Menyembunyikan Status Terakhir Dilihat Dan Dalam Talian Di Telegram
- Buka aplikasi Telegram.
- Tekan garis tiga bertindih di sebelah atas kiri skrin.
- Tekan Aturan.
- Tekan Privasi dan Sekuriti.
- Tekan Nampak & Di Talian.
- Tekan bulatan di sebelah kanan skrin untuk memilih dan membenarkan siapa yang boleh melihat masa terakhir anda.
- Bulatan tersebut akan bertukar menjadi biru setelah anda membuat pilihan.
Telegram
Telegram ialah aplikasi pemesejan mudah yang melindungi privasi dan data pengguna.
Perkhidmatan pemesejan ini membolehkan anda buat kumpulan sembang sehingga 200 orang, sulitkan pertukaran mesej, boleh berkongsi video sehingga 1 GB, hantar berbilang foto dan gunakan perkhidmatan storan awan.