Cara Menghubungi Sokongan WhatsApp Pada Peranti Android

WhatsApp telah dimuat turun lebih daripada 1 bilion kali di Play Store. Jika anda menggunakan aplikasi ini dan berhadapan dengan beberapa isu, sudah tentu anda mahu menyelesaikannya dengan segera. Terdapat satu (1) cara mudah yang boleh digunakan untuk menghubungi sokongan WhatsApp.

Cara Menghubungi Sokongan WhatsApp Pada Peranti Android

  • Buka aplikasi WhatsApp.
  • Tekan tiga titik bertindih di bahagian atas kanan skrin.

  • Tekan Tetapan.

  • Tatal ke bawah kemudian tekan Bantuan.

  • Tekan Hubungi kami.

  • Taipkan isu anda dan kemudian tekan Seterusnya.
  • WhatsApp akan cuba mencari jawapan dalam pangkalan data sokongan mereka untuk isu anda.

  • Jika isu anda tiada di dalam pangkalan data WhatsApp, anda boleh terus tatal ke bawah.
  • Tekan Hantarkan pertanyaan saya kepada Sokongan WhatsApp.

  • Anda akan dimajukan ke ruang  sembang Sokongan WhatsApp. Di sini anda boleh perincikan isu atau masalah yang dihadapi.

  1. WhatsApp Messenger

    WhatsApp Messenger

    Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.

Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram
Cara Menemui Semua Fail yang Dimuat Turun di Telegram

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang popular dan sering digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis fail. Walau bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya di mana semua fail yang anda muat turun melalui Telegram disimpan. Jangan risau! Kami akan membantu anda mencari semua fai…

Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya
Apakah Itu Penyiaran Silang di Instagram dan Cara Menggunakannya

Penyiaran silang adalah cara mudah untuk berkongsi kandungan yang sama di beberapa platform media sosial tanpa perlu memuat naik secara berasingan. Di Instagram, penyiaran silang membolehkan anda berkongsi foto atau video ke Facebook serentak, menjimatkan masa dan usaha dalam…

Cara Membuat dan Menggunakan Koleksi di Instagram
Cara Membuat dan Menggunakan Koleksi di Instagram

Instagram bukan hanya sekadar tempat untuk berkongsi foto dan video, tetapi juga tempat untuk menyimpan kandungan yang menarik dan berguna bagi anda. Melalui ciri “Koleksi,” anda boleh menyimpan dan mengatur kandungan kegemaran dalam kategori khusus, menjadikannya mudah dicar…

Cara Meninggalkan Komen Awam di Cerita Instagram
Cara Meninggalkan Komen Awam di Cerita Instagram

Cerita Instagram adalah salah satu cara popular untuk berkongsi detik-detik harian, tetapi tahukah anda bahawa anda juga boleh memberi komen secara awam pada cerita yang anda tonton? Ini memberi peluang untuk berinteraksi dengan pengguna lain secara lebih terbuka. Baca juga c…