Cara Membuat Avatar Anda Di WhatsApp
Aplikasi komunikasi yang paling popular, WhatsApp mempunyai ciri di mana anda boleh mencipta avatar dan menggunakannya di dalam aplikasi tersebut. Mesej akan menjadi lebih menarik kerana anda boleh meletakkan avatar yang mewakili diri sendiri secara digital.
Cara Membuat Avatar Anda Di WhatsApp
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Tekan 3 titik bertindih di sebelah atas kanan skrin.
- Tekan Tetapan.
- Tekan Avatar.
- Tekan Cipta Avatar anda.
- Kemudian anda boleh memilih warna kulit, rambut, pakaian dan sebagainya.
- Setelah anda berpuas hati dengan avatar tersebut, tekan Selesai.
- Anda sudah boleh menggunakan avatar anda dan hantar kepada rakan-rakan.
WhatsApp Messenger
Aplikasi komunikasi yang lengkap dan percuma ini telah mendapat populariti di seluruh dunia dan telah menjadi bentuk komunikasi utama untuk jutaan orang, meninggalkan panggilan tradisional dan hampir membawa kepada kepupusan penghantaran SMS. Pengguna boleh bersembang, hantar video, imej dan nota audio kepada kenalan termasuk nombor antarabangsa, tanpa sebarang caj tambahan, menyesuaikan aplikasi dan terima pemberitahuan apabila mesej masuk. Pengguna juga boleh gunakan ciri “Status” untuk berkongsi momen harian.