Cara Untuk Bersiaran Langsung Di Instagram
Instagram merupakan satu aplikasi media sosial yang popular di seluruh dunia kerana ia membenarkan penggunanya berkongsi foto dengan rakan-rakan. Terdapat satu ciri di Instagram yang semakin kerap digunakan iaitu siaran langsung. Bersiaran langsung di Instagram ialah salah satu cara terbaik untuk berhubung dengan pengikut anda secara langsung dengan telus dan jujur.
Tidak seperti Cerita Instagram yang telah dirakamkan, siaran langsung di Instagram ialah strim yang sama sekali tidak disunting untuk ditonton oleh pengikut anda. Penonton dapat memberikan ulasan serta soalan mereka di dalam siaran langsung tersebut dan ini membuatkan ianya platform paling interaktif.
Jika anda baru hendak mencuba ciri siaran langsung ini, ikuti langkah-langkah yang kami berikan ini untuk menggunakannya.
Cara Untuk Bersiaran Langsung Di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan tanda + di sebelah atas, kiri skrin.
- Tatal ke kanan sehingga anda menjumpai SIARAN LANGSUNG.
- Tekan bulatan di atas SIARAN LANGSUNG.
- Anda boleh mulakan siaran langsung.
- Apabila selesai, anda boleh tekan TAMAT.
Instagram
Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.