Cara Mengetahui Seseorang Berada Dalam Talian Di Instagram
Instagram merupakan aplikasi media sosial yang popular di seluruh dunia. Baru-baru ini, Instagram menambah ciri serupa dengan WhatsApp atau Facebook Messenger yang menunjukkan aktiviti terkini rakan anda. Ia memaparkan penggunaan terkini aplikasi dan juga memaparkan status dalam taliannya.
Kali ini kami hendak berkongsi cara untuk mengetahui sama ada seseorang berada dalam talian di Instagram.
Cara Mengetahui Seseorang Berada Dalam Talian Di Instagram
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan gambar profil anda.
- Tekan tiga garis di atas, kanan skrin.
- Tekan Tetapan.
- Tekan Privasi.
- Tatal ke bawah dan kemudian tekan Status Aktiviti.
- Aktifkan Paparkan Status Aktiviti.
- Tekan ikon mesej di atas, kanan skrin.
- Anda akan dapat melihat rakan-rakan yang berada di talian apabila terdapat bulat hijau di gambar profil mereka.
Instagram
Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.