Cara Mengenali Akaun Instagram Palsu
Secara umumnya Instagram digunakan oleh ramai orang di serata dunia. Oleh itu, pengikut yang palsu adalah suatu benda yang tidak dapat dielakkan di mana-mana platform media sosial.
Bagi sesetengah orang, pengikut yang menggunakan akaun palsu ini adalah gangguan di mana mereka meninggalkan komen-komen yang tidak elok. Ada juga sesetengah orang yang tidak kisah dengan pengikut dengan akaun palsu kerana ini dapat meningkatkan bilangan pengikut mereka.
Realitinya, pengikut dengan akaun palsu ini akan mengganggu algoritma, merosakkan kredibiliti dan memberikan pengalaman yang tidak manis di Instagram. Untuk mengatasi masalah ini, kami ada beberapa cara untuk mengenal pasti akaun Instagram yang palsu.
Cara Mengenali Akaun Instagram Palsu
1. Tidak Mempunyai Gambar Profil
Cara paling mudah untuk anda mengenal pasti satu akaun palsu ialah apabila tiada gambar profil dimuat naik. Jika seorang pengguna menggunakan akaun yang sah, sudah tentu dia mahu dikenali dan ini dapat menambahkan pengikutnya.
2. Tidak Mempunyai Siaran
Akaun tanpa sebarang siaran berkemungkinan besar cuba menipu anda. Jika anda menjumpai akaun yang belum menyiarkan apa-apa lagi, ia mungkin bot.
3. Tidak Mempunyai Pengikut
Kebiasaannya akaun Instagram yang sah akan memiliki beberapa orang pengikut. Jika akaun itu tidak mengikuti sesiapa atau tidak mempunyai pengikut, kemungkinan besar akaun itu adalah palsu.
4. Meninggalkan Komen Umum
Jika anda ada mengikuti akaun palsu, anda akan perasan bahawa akaun ini akan meninggalkan komen umum di semua siaran. Sebagai contoh, akaun ini akan meninggalkan komen seperti, “bagus!” atau “teruskan usaha!”. Besar kemungkinan akaun ini adalah akaun palsu.
5. Jumlah Mengikuti Yang Ramai
Jika anda melihat terdapat perbezaan yang besar di antara pengikut dan mengikuti, ada kemungkinan akaun ini adalah palsu. Lazimnya akaun palsu akan mengikuti sesiapa sahaja untuk menaikkan jumlah pengikut mereka.
Instagram
Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.