Cara Memulihkan Akaun Whatsapp Yang Digantung
WhatsApp dimuat turun oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia bertujuan untuk kekal berhubung dengan keluarga dan sahabat handai.
Tahukah anda WhatsApp boleh menggantung akaun jika berlaku perlanggaran peraturan? Jika anda salah seorang pengguna aplikasi WhatsApp yang akaunnya digantung, jangan bimbang, kami ada langkah penyelesaian untuk masalah ini.
Mengapa Akaun WhatsApp Digantung?
Ada beberapa sebab kenapa akaun anda digantung dan di antara sebab-sebabnya adalah:
- menggunakan aplikasi alternatif yang tidak rasmi
- menghantar spam ke akaun pengguna lain yang menyebabkan akaun anda dilaporkan
- menghantar banyak pesanan sekaligus
- mengedarkan kandungan terlarang
- mengumpul data peribadi pengguna yang lain
Cara Memulihkan Akaun Whatsapp Yang Digantung
Sebelum anda cuba memulihkan akaun, adalah lebih baik jika anda mengenal pasti punca akaun itu digantung. Contohnya, jika anda menggunakan aplikasi alternatif, anda haruslah memadam aplikasi tersebut.
Setelah mengenal pasti punca, anda bolehlah mencuba untuk memulihkan akaun tersebut. Terdapat 3 cara yang boleh dilakukan iaitu:
- Di aplikasi WhatsApp, anda boleh ke Tetapan > Bantuan > Hubungi Kami.
- Emel aduan anda ke [email protected]
- Contact WhatsApp di laman sesawang
Anda hanya perlu mengisi apa yang diminta seperti nombor telefon, jenis peranti dan masalah yang dihadapi. Kami ingin mengingatkan kepada anda, aduan yang dibuat perlulah menggunakan perkataan yang sopan serta dapat meyakinkan pihak WhatsApp untuk memulihkan semula akaun tersebut.
WhatsApp Messenger
WhatsApp Messenger ialah aplikasi komunikasi yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, video, imej dan nota audio kepada pengguna lain (termasuk nombor antarabangsa) melalui WiFi atau rangkaian selular apabila terdapat sambungan Internet.