Cara Menggunakan Pautan Panggilan WhatsApp
Pautan panggilan adalah perkara biasa bagi aplikasi seperti Zoom dan Google Meet. Tetapi baru-baru ini aplikasi WhatsApp turut melancarkan ciri yang sama di mana anda boleh berkongsi pautan panggilan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Mark Zuckerberg juga mengumumkan bahawa pengguna boleh menyertai panggilan WhatsApp hanya dengan menekan satu pautan sahaja. Syarikat itu juga sedang menguji panggilan video yang boleh disertai oleh 35 orang pengguna.
Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan dengan anda cara untuk menggunakan pautan panggilan WhatsApp.
Cara Menggunakan Pautan Panggilan WhatsApp
- Anda boleh mengemas kini aplikasi WhatsApp terlebih dahulu di Play Store untuk mendapatkan ciri ini.
- Buka aplikasi WhatsApp.
- Tekan PANGGILAN yang berada di bahagian atas kanan skrin.
- Kemudian tekan Cipta pautan panggilan.
- Di sini anda boleh memilih untuk mendapatkan pautan bagi Video atau Suara.
- Setelah itu pautan akan dijana secara automatik.
- Anda boleh kongsikan pautan ini dengan menggunakan 3 cara iaitu:
- Hantar pautan melalui WhatsApp
- Salin pautan
- Kongsi pautan
WhatsApp Messenger
WhatsApp Messenger ialah aplikasi komunikasi yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, video, imej dan nota audio kepada pengguna lain (termasuk nombor antarabangsa) melalui WiFi atau rangkaian selular apabila terdapat sambungan Internet.