Cara Menambah Berbilang Akaun Telegram

Telegram telah menjadi salah satu aplikasi yang banyak digunakan pada masa kini. Ciri-ciri istimewa seperti saluran, grup yang boleh memiliki ramai ahli, bots dan lain-lain membuatkan Telegram sangat berguna.

Secara amnya, ramai menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu cara komunikasi, memuat turun filem dan juga untuk membeli-belah. Oleh itu, jika anda seorang jurujual, bukankah ianya sangat sulit untuk sentiasa menukar di antara akaun persendirian dan akaun perniagaan?

Kali ini kami akan kongsikan cara untuk anda menambah lebih dari satu akaun ke aplikasi Telegram.

Cara Menambah Berbilang Akaun Telegram

  • Buka aplikasi Telegram.
  • Tekan tiga garis yang berada di atas kiri skrin.

  • Tekan + Tambah Akaun.

  • Pilih Negara kemudian masukkan Nombor fon anda.

  • OTP akan dihantar ke nombor fon anda yang baharu. Apabila anda selesai memasukkan nombor OTP tersebut, akaun kedua sudah dapat digunakan seperti biasa di dalam satu aplikasi.
  1. Telegram

    Telegram

    Telegram ialah aplikasi pemesejan yang mudah digunakan yang melindungi privasi dan data pengguna. Aplikasi ini membenarkan ahli grup seramai 200 orang. Anda juga boleh berkongsi gambar dan video sehingga 1GB.

Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android
Cara Semak Sejarah Log Masuk Telegram Pada Android

Telegram, aplikasi pemesejan popular, menawarkan ciri berharga yang membolehkan anda memantau keselamatan akaun dengan menyemak sejarah log masuk. Menyedari siapa yang telah mengakses akaun Telegram boleh membantu anda mengesan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan dan meng…

Cara Melihat Siaran Instagram Tanpa Akaun & Secara Sah
Cara Melihat Siaran Instagram Tanpa Akaun & Secara Sah

Dalam era digital hari ini, Instagram telah menjadi hab untuk berkongsi foto, video dan momen indah dengan dunia. Walaupun kebanyakan pengguna mempunyai profil awam, mungkin ada kalanya anda ingin melihat siaran Instagram tanpa mempunyai akaun. Terdapat beberapa kaedah yang b…

Cara Merepot Seseorang di Telegram
Cara Merepot Seseorang di Telegram

Ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Telegram menjadikannya salah satu daripada aplikasi pemesejan yang popular. Telegram mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, namun mungkin terdapat  segelintir individu menyiarkan kandungan yang tidak wajar. Untuk mengekal…

Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp
Cara Berkongsi Skrin Anda di WhatsApp

WhatsApp, salah satu aplikasi pemesejan paling popular di seluruh dunia, sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya. Satu ciri yang menjadi semakin penting ialah keupayaan untuk berkongsi skrin semasa perbualan. Sama ada untuk kerja, sokongan teknologi atau hany…