Cara Menggunakan Pemeriksaan Keselamatan Di Instagram

Instagram adalah salah satu aplikasi yang popular dan digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Dengan jutaan pengguna, tidak mustahil jika akaun anda boleh terdedah kepada risiko untuk digodam dan maklumat peribadi dicuri. Oleh itu, untuk menjadikan akaun pengguna aplikasi ini selamat, Instagram telah melancarkan satu ciri iaitu Pemeriksaan Keselamatan.

Pemeriksaan Keselamatan ini menyediakan beberapa cara untuk melindungi akaun anda. Kami akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan ciri ini di akaun anda.

Cara Menggunakan Pemeriksaan Keselamatan Di Instagram

1. Tukar Kata Laluan

  • Buka aplikasi Instagram.
  • Tekan profil anda.
  • Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.

  • Kemudian tekan Tetapan.

  • Tekan Keselamatan.

  • Tekan Pemeriksaan Keselamatan.

  • Tekan Kata Laluan.

  • Anda boleh masukkan Kata laluan semasa, Kata laluan baharu dan Kata laluan baharu sekali lagi.
  • Akhir sekali tekan Simpan.

2. Kemas Kini E-mel

  • Buka aplikasi Instagram.
  • Tekan profil anda.
  • Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
  • Kemudian tekan Tetapan.
  • Tekan Keselamatan.
  • Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
  • Tekan E-mel.

  • Kemas kini e-mel anda dan tekan Seterusnya.

  • Instagram akan menghantar kod pengesahan 6 digit ke e-mel anda.
  • Masukkan kod tadi ke Instagram untuk tujuan pengesahan.
  • Jika sudah, alamat e-mel yang baharu berjaya dikemas kini.

3. Kemas Kini Nombor Telefon Mudah Alih

  • Buka aplikasi Instagram.
  • Tekan profil anda.
  • Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
  • Kemudian tekan Tetapan.
  • Tekan Keselamatan.
  • Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
  • Tekan Nombor telefon mudah alih.

  • Kemas kini nombor telefon mudah alih anda dan tekan Seterusnya.

  • Instagram akan SMS kod pengesahan 6 digit.
  • Masukkan kod tadi ke Instagram untuk tujuan pengesahan.
  • Tekan Seterusnya dan nombor telefon anda yang baharu berjaya dikemas kini.

4. Pengesahan Dua Faktor

  • Buka aplikasi Instagram.
  • Tekan profil anda.
  • Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
  • Kemudian tekan Tetapan.
  • Tekan Keselamatan.
  • Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
  • Tekan Pengesahihan dua faktor.

  • Tekan Mulakan.

  • Pilih kaedah jaminan yang anda mahukan dan ikut setiap langkah yang diberikan.
  • Apabila sudah selesai, pengesahan dua faktor ini akan terus aktif.

  1. Instagram

    Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.

Cara Menyekat dan Melaporkan Mesej Spam di WhatsApp

Dalam dunia di mana komunikasi telah berkembang, banyak aplikasi pemesejan segera seperti WhatsApp senang dicerobohi oleh mesej spam. Mujurlah WhatsApp mempunyai ciri untuk memerangi isu ini. Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk menyekat …

Cara Melihat Siapa Yang Menyimpan Video TikTok Anda

TikTok telah menjadi platform media sosial yang sangat popular, membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi video pendek dengan khalayak global. Dengan ciri unik dan kandungan dinamiknya, TikTok telah berjaya menarik perhatian jutaan orang. Satu ciri yang sering menimbulkan r…

Cara Menyertai Kumpulan Persendirian Di Telegram

Telegram telah menjadi salah satu platform pemesejan yang paling popular, terkenal dengan ciri privasi dan fungsi kumpulan yang mantap. Di antara kumpulan ini, Kumpulan Persendirian ialah komuniti eksklusif di mana individu yang berfikiran sama berkumpul untuk membincangkan m…

Cara Mengaktifkan Imlak Suara WhatsApp Pada Android

Dalam dunia yang serba pantas ini, komunikasi adalah segalanya. Salah satu aplikasi pemesejan paling popular, WhatsApp, telah merevolusikan cara kita berhubung. Anda boleh memasukkan imlak suara menjadikan komunikasi lebih mudah. Dalam catatan blog ini, kami akan mengajar lan…