Cara Menggunakan Pemeriksaan Keselamatan Di Instagram
Instagram adalah salah satu aplikasi yang popular dan digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Dengan jutaan pengguna, tidak mustahil jika akaun anda boleh terdedah kepada risiko untuk digodam dan maklumat peribadi dicuri. Oleh itu, untuk menjadikan akaun pengguna aplikasi ini selamat, Instagram telah melancarkan satu ciri iaitu Pemeriksaan Keselamatan.
Pemeriksaan Keselamatan ini menyediakan beberapa cara untuk melindungi akaun anda. Kami akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan ciri ini di akaun anda.
Cara Menggunakan Pemeriksaan Keselamatan Di Instagram
1. Tukar Kata Laluan
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan profil anda.
- Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
- Kemudian tekan Tetapan.
- Tekan Keselamatan.
- Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
- Tekan Kata Laluan.
- Anda boleh masukkan Kata laluan semasa, Kata laluan baharu dan Kata laluan baharu sekali lagi.
- Akhir sekali tekan Simpan.
2. Kemas Kini E-mel
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan profil anda.
- Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
- Kemudian tekan Tetapan.
- Tekan Keselamatan.
- Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
- Tekan E-mel.
- Kemas kini e-mel anda dan tekan Seterusnya.
- Instagram akan menghantar kod pengesahan 6 digit ke e-mel anda.
- Masukkan kod tadi ke Instagram untuk tujuan pengesahan.
- Jika sudah, alamat e-mel yang baharu berjaya dikemas kini.
3. Kemas Kini Nombor Telefon Mudah Alih
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan profil anda.
- Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
- Kemudian tekan Tetapan.
- Tekan Keselamatan.
- Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
- Tekan Nombor telefon mudah alih.
- Kemas kini nombor telefon mudah alih anda dan tekan Seterusnya.
- Instagram akan SMS kod pengesahan 6 digit.
- Masukkan kod tadi ke Instagram untuk tujuan pengesahan.
- Tekan Seterusnya dan nombor telefon anda yang baharu berjaya dikemas kini.
4. Pengesahan Dua Faktor
- Buka aplikasi Instagram.
- Tekan profil anda.
- Tekan tiga garis di bahagian kanan, atas skrin.
- Kemudian tekan Tetapan.
- Tekan Keselamatan.
- Tekan Pemeriksaan Keselamatan.
- Tekan Pengesahihan dua faktor.
- Tekan Mulakan.
- Pilih kaedah jaminan yang anda mahukan dan ikut setiap langkah yang diberikan.
- Apabila sudah selesai, pengesahan dua faktor ini akan terus aktif.
Instagram
Aplikasi yang menawarkan perkongsian gambar dan video kepada pengguna-penggunanya. Anda boleh mengedit gambar dan video dengan menggunakan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini.