Cara Menghantar Gambar Sebagai Dokumen Di WhatsApp
Di masa kini, boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi WhatsApp. Umumnya aplikasi WhatsApp digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi seperti menghantar mesej dan berkongsi gambar dengan kenalan. Walau bagaimanapun, aplikasi WhatsApp bukanlah satu pilihan yang baik jika anda ingin berkongsi gambar berkualiti dan beresolusi tinggi.
Apabila anda berkongsi gambar berkualiti tinggi, aplikasi WhatsApp akan memampatkan gambar dan mengurangkan resolusi. Gambar beresolusi rendah ini selalunya kabur dan tidak dapat digunakan untuk tujuan lain.
Aplikasi WhatsApp membenarkan anda berkongsi pelbagai jenis fail seperti Word, Power Point dan PDF. Oleh itu, anda bolehlah menggunakan kelebihan ini dengan berkongsi gambar anda sebagai dokumen. Kualiti dan resolusi gambar juga akan kekal seperti asal.
Cara Menghantar Gambar Sebagai Dokumen Di WhatsApp
- Kenal pasti gambar yang ingin dikongsi.
- Kemudian anda harus menukar nama gambar tersebut dengan meletakkan .doc atau .pdf di hujung nama gambar.
- Buka aplikasi WhatsApp dan ruangan sembang. Tekan ikon klip kertas di bahagian kanan skrin.
- Kemudian pilih Dokumen.
- Tekan Layar dokumen lain.
- Seterusnya tekan Dokumen.
- Di bahagian Dokumen ini, anda boleh memilih gambar yang telah disimpan sebagai format dokumen tadi.
- Akhir sekali anda bolehlah menekan Hantar.
- Anda akan melihat gambar yang dikongsi berada di dalam format dokumen.
- Apabila selesai berkongsi, anda perlu meminta rakan anda untuk menukar semula nama dokumen tersebut dengan meletakkan .jpg di akhir nama. Hasilnya, rakan anda akan mendapat gambar yang berkualiti dan beresolusi tinggi seperti asal.
WhatsApp Messenger
WhatsApp ialah aplikasi yang membolehkan anda menghantar mesej, membuat panggilan, panggilan video, berkongsi gambar dan fail kepada kenalan anda. WhatsApp merupakan aplikasi Android yang perlu anda muat turun untuk kekal berhubung dengan semua orang.