Cara Mengubah Halaman Jelajah Anda Di Instagram

Instagram ialah aplikasi yang popular untuk perkongsian gambar dan video. Selain itu, Instagram juga membenarkan komunitinya untuk menyukai kandungan dan mengikut pengguna yang lain. Berdasarkan aktiviti ini, Instagram memberikan cadangan kepada gambar, video dan gulungan di halaman jelajah.

Tentu sekali cadangan yang diberikan oleh Instagram ini akan memudahkan anda menemui kandungan yang disukai. Tetapi Instagram juga akan mencadangkan kandungan yang mungkin tidak menepati citarasa dan minat anda. Atau mungkin minat anda sudah berubah dan mahu menjelajah benda yang baharu.  Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengubah kandungan halaman jelajah ini?

Terdapat tiga cara mudah untuk mengubah kandungan halaman jelajah anda. Kami akan kongsikan cara-caranya di bawah.

Cara Mengubah Kandungan Halaman Jelajah Anda

Cara Pertama: Tetapan Pada Kandungan

  • Buka aplikasi Instagram dan pilih kanta pembesar.

  • Sesudah memilih kanta pembesar, anda akan dapat melihat semua kandungan yang dicadangkan oleh Instagram.

  • Pilih kandungan yang tidak diminati. Kemudian tekan tiga titik di kanan skrin.

  • Akhir sekali pilih Tidak Berminat.

Cara Kedua: Padam Sejarah Carian

  • Buka aplikasi Instagram dan pilih profil anda di bahagian bawah skrin.

  • Kemudian tekan tiga garis di bahagian atas skrin.

  • Seterusnya pilih Aktiviti Anda.

  • Kemudian pilih Sejarah akaun.

  • Anda akan melihat semua sejarah carian anda di halaman ini. Tekan Kosongkan Semua.

  • Pilih Kosongkan Semua sekali lagi.

Cara Ketiga: Kosongkan Cache Instagram

  • Langkah pertama ialah buka Aturan.

  • Kemudian pilih Aplikasi.

  • Anda harus memilih aplikasi Instagram.

  • Seterusnya tekan Storan.

  • Akhir sekali pilih Kosongkan cache.

  1. Instagram

    Instagram

    Aplikasi rangkaian sosial khusus untuk berkongsi foto anda dengan pengguna Instagram lain. Selain foto, anda juga boleh berkongsi video dan momen harian melalui Instagram Story. Temui dan ikuti akaun serta tanda pagar kegemaran anda dan berinteraksi bersama pengikut anda. Juga, tersedia alat untuk mengedit foto sebelum menyiarkannya.

Cara Menyiarkan Video yang Lebih Panjang di Instagram
Cara Menyiarkan Video yang Lebih Panjang di Instagram

Adakah anda ingin berkongsi video yang lebih panjang di Instagram tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Sama ada anda ingin memuat naik tutorial, vlog, atau apa-apa kandungan yang lebih panjang, Instagram menawarkan beberapa cara untuk menyiarkan video yang lebih panjang. Beri…

Langkah-Langkah Menambah Kapsyen pada TikTok
Langkah-Langkah Menambah Kapsyen pada TikTok

Dalam dunia TikTok, di mana video berbentuk pendek berkuasa, kapsyen boleh menjadi perbezaan antara yang viral dan tidak. Tetapi jangan risau, menambah kapsyen pada TikToks anda sangat mudah dan kami akan kongsikan caranya sekarang. Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui…

Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp
Cara Membuat dan Mengurus Acara di WhatsApp

WhatsApp mempunyai ciri baharu untuk menyelaraskan proses perancangan iaitu Acara. Dalam catatan blog ini, kami akan membimbing anda tentang semua yang perlu ketahui tentang membuat dan mengurus acara secara terus dalam sembang kumpulan WhatsApp. Cara Membuat dan Mengurus Aca…

Cara Menyembunyikan Akaun TikTok anda pada Android
Cara Menyembunyikan Akaun TikTok anda pada Android

TikTok, aplikasi yang terkenal dengan video bentuk pendek yang viral. Ia juga membolehkan anda mengawal kehadiran di dalam aplikasi tersebut. Kami akan menunjukkan kepada anda cara menyembunyikan akaun TikTok anda pada Android dalam beberapa langkah sahaja! Baca juga langkah-…