Cara Menggunakan Ciri Dwi Kamera Di Instagram
Baru-baru ini Instagram telah memperkenalkan satu ciri baharu iaitu Dwi. Mesti anda tertanya-tanya apa sebenarnya Dwi ini?
Ciri baru ini membolehkan anda menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak! Ini bermakna anda dapat merakam video yang menarik dari kamera belakang sambil menunjukkan reaksi anda dari kamera depan. Hebat kan?
Video yang dirakam akan dimuat naik sebagai gulungan dan video ini boleh disukai serta dikomen seperti biasa oleh pengikut anda.
Cara Untuk Menghasilkan Dual Video
Sekarang kami akan tunjukkan cara-cara untuk menghasilkan Dual video.
- Buka aplikasi Instagram dan pilih simbol tambah di bahagian atas kanan skrin.
- Kemudian pilih gulungan.
- Di sebelah kiri anda akan mendapati banyak ikon. Anda perlu tekan anak panah ke bawah dan anda akan menemui ikon kamera dengan label Dwi.
- Tekan butang rakaman reels dan anda boleh mula merekod video anda.
- Setelah selesai merekod, anda boleh menyunting video anda dengan menambah kesan yang disukai sebelum berkongsi dengan rakan-rakan di Instagram.